MEMILIH nama Akira Juwita Zahra untuk anak kelimanya, pelawak dan usahawan Shuib memaklumkan nama itu merupakan pilihan isterinya sendiri iaitu Watie Hanifiah.Shuib atau Shahmira Muhammad, 42, berkata nama tersebut dipilih kerana mahu diselaraskan dengan nama anak kedua iaitu Dzakira Talita Zahra, 12. "Nama Akira Juwita Zahra ini dipilih oleh Watie kerana nak samakan dengan nama Thalita. Watie (kanan) memilih nama anaknya seiras dengan Talita. "Nama penuh Talita iaitu Dzakira Talita Zahra. Jadi permintaan Watie mahu nama bayi perempuan kami sama dengan kakaknya," katanya kepada mStar. Berkongsi perkembangan kesihatan isteri dan bayinya itu, Shuib berkata kedua-duanya berada dalam keadaan sihat.Malah Shuib berkata anaknya iaitu Ayash Affan, 5, merupakan individu paling teruja dengan kehadiran ahli keluarga baharu mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Shuib selamat bersalin bayi perempuanARTIKEL BERKAITAN: Umur baru 13 tahun, Thalita sudah siapkan duit raya buat keluarga... Shuib puji didikan isteri"Alhamdulillah keadaan Watie dan baby stabil dan sihat. Semua okay, tak ada yang tidak okay syukur sangat. "Ayash antara yang paling gembira sebab daripada baby belum lahir lagi dia akan panggil nama Akira Zahra. Dia paling hafal nama adik," ujarnya. Pada Isnin, Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah, 38, selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara, Selangor pada pukul 3.47 petang. Sebelum ini, Watie pernah mengalami keguguran anak pertama sekitar Mei tahun lalu. Shuib (dua dari kiri) sekeluarga teruja menyambut kehadiran Akira Juwita Zahra. Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada Jun 2023.Sebelum itu, Shuib pernah bernikah dengan Siti Sarah Raisuddin namun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat Covid-19. Selain Talita dan Ayash, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lagi iaitu Uwais Alqarni, 14 dan Ariq Matin, 9 tahunJadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube