suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nelydia Senrose umum hamil anak pertama, ‘hadiah’ sempena ulang tahun perkahwinan

Nelydia (kanan) umum hamil anak pertama.

SEMPENA meraikan ulang tahun perkahwinan yang ketujuh, pelakon Nelydia Senrose berkongsi berita gembira dia kini sedang hamil anak pertama. 

Nelydia atau Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 32, meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan dan menganggap kehamilan tersebut sebagai hadiah paling bermakna sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

"Tujuh tahun indah menyayangi antara satu sama lain kini terasa seperti sekelip mata.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tahniah Datin Nelydia” – Ucapan jurusolek cetus tanda tanya

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nelydia Senrose minta ruang perbaiki diri, belum berhenti usaha jadi manusia lebih baik

"Selamat ulang tahun perkahwinan yang ketujuh untuk kita," katanya. 

Nelydia berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran dimuat naik di Instagram pada Selasa. 

Nelydia (kanan) dan suami rai ulang tahun perkahwinan yang ke-7.

Nelydia (kanan) dan suami rai ulang tahun perkahwinan yang ke-7.

Dalam hantaran dibuat, Nelydia turut berkongsi video memaparkan momen manis bersama suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid sambil menunjukkan bentuk perutnya yang semakin membesar. 

Untuk rekod, Nelydia dan Mohd Hafez bernikah pada 6 April 2019.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain