suria

Threads Jefri Nichol kena serang, penuh komen ‘ore Kelate’... “Ada yang bisa translate?”

Setiap perkongsian Jefri mencuri tumpuan peminat.

PERKONSIAN pelakon Indonesia, Jefri Nichol di laman sosial miliknya sebelum ini mengundang pelbagai komen terutamanya daripada pengikut di Malaysia. 

Namun kebanyakan komen tersebut ditulis menggunakan dialek negeri Kelantan yang ternyata tidak difahami oleh Jefri.

Susulan itu, Jefri sendiri meluahkan kekeliruan dan meminta pengikut di media sosial untuk menterjemahkan maksud komen berkenaan. 

Antara komen yang diterima Jefri. 

Malah dalam satu hantaran di Threads, pelakon ini turut merasa pelik kerana setiap perkongsian mendapat banyak respons daripada rakyat Malaysia. 

"Kenapa orang Malaysia komen di posting saya bersama mama ini? Saya tak faham. 

"Dalam posting ini juga ramai yang komen, ada yang boleh terjemahkan," katanya dalam beberapa hantaran di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol dah ada teman baharu, peminat nampak bercuti dengan Jule di Bali 

ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol, Ameera Khan berbaik semula? Netizen dakwa tak matang urus hubungan cinta

Dalam perkongsian lain, pelakon itu turut memuat naik tangkap layar komen yang ditulis dalam dialek Kelantan. 

Sementara itu menerusi satu komen balas, Jefri juga menegaskan seakan tidak berkesempatan untuk menggunakan aplikasi ChatGPT bagi mencari maksud di setiap komen berkenaan. 

Dipercayai komen-komen yang menggunakan dialek Kelantan itu juga sebagai sindiran terhadap Jefri yang sebelum ini menjalinkan hubungan istimewa dengan pempengaruh Ameera Khan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain