suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jefri Nichol, Ameera Khan berbaik semula? Netizen dakwa tak matang urus hubungan cinta

Jefri dan Ameera didakwa kembali bersama.

PELAKON Jefri Nichol dikhabarkan sudah berbaik dan kembali bersama kekasihnya iaitu Ameera Khan. 

Ia susulan kedua-dua mereka dilihat sudah kembali mengikuti antara satu sama lain di Instagram. 

Perkara tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi netizen sehingga ada yang mendakwa pasangan itu  tidak matang dalam menguruskan hubungan percintaan. 

Netizen muak dengan kisah cinta Ameera dan Jefri. 

"Macam kanak-kanak. Gaduh sikit nak 'unfollow'. 

"Penat juga nak hadap kisah mereka ini, harap-harap cepatlah sikit berkahwin," komen mereka. 

Dalam masa sama, ada juga menzahirkan kegembiraan selepas pasangan kegemaran mereka kembali bertaut kasih. 

ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol belum sedia jawab gosip putus cinta dengan Ameera Khan... “Maaf tidak terbuka untuk ditemu bual”

ARTIKEL BERKAITAN: Sekali lagi padam foto bersama, Jefri Nichol dah 'unfollow' Ameera Khan

"Akhirnya! Harapnya pasangan ini sentiasa bersama. Suka sangat dengan mereka," ujar netizen. 

Sebelum ini kecoh apabila Ameera dan Jefri dikatakan sudah putus cinta selepas masing-masing saling tidak mengikuti di Instagram. 

Jefri bagaimanapun ketika dihubungi mStar enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain