PELAKON Chris Evans menjadi tumpuan ramai selepas muncul khabar angin mendakwa dia berlaku curang terhadap isterinya, Alba Baptista.
Spekulasi tersebut timbul selepas individu terbabit dikatakan baru sahaja menyambut kelahiran anak pertama.
Pada 24 Oktober lalu, Evans dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Alma Grace sekali gus menguatkan dakwaan itu.
Malah sumber terdekat, Evans juga dikatakan beberapa kali dilihat bersama seorang wanita misteri.

Nama Chris disebut sebagai pelakon yang berlaku curang.
Khabar angin itu mula tular selepas beberapa hantaran dimuat naik di aplikasi TikTok pada awal November lalu.
Akaun @celebritea.blinds menjadi perhatian selepas berkongsi dua hantaran yang dipercayai merujuk kepada pelakon filem Captain America itu.
Dalam hantaran pertama, disebut bahawa seorang pelakon gred A kelahiran Boston dilihat berada di sebuah bar popular yang dikawal ketat bagi menjaga privasi pelanggan.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Captain America’ Chris Evans sudah kahwin, pilih aktres asal Portugal sebagai isteri
ARTIKEL BERKAITAN: Hidup Chris Evans berubah selepas bela anjing, buang tabiat buruk dan lebih suka lepak rumah
Hantaran kedua pula mendakwa wanita sama dilihat beberapa kali bertemu dengan pelakon tersebut secara rahsia.
Kedua-dua hantaran itu turut menyebut isteri pelakon berkenaan baru sahaja melahirkan anak membuatkan ramai pengguna media sosial beranggapan individu yang dimaksudkan ialah Chris Evans.
“Jiran-jiran mengatakan pelakon itu kelihatan keletihan. Isterinya yang lebih muda sedang menjaga bayi mereka di rumah.
"Antara tekanan kerja dan kehidupan keluarga, dia nampak benar-benar terbeban,” dakwanya.

Alba (kiri) melahirkan cahaya mata pada Oktober lalu.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Chris Evans mahupun Alba Baptista mengenai isu tersebut.
Untuk rekod, Chris dan Alba berkahwin pada 9 September 2023 dalam satu majlis tertutup di sebuah kediaman peribadi di Cape Cod, Massachusetts, Amerika Syarikat.
Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Alma Grace pada 24 Oktober lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


