suria

Pelakon ‘Captain America’ Chris Evans sudah kahwin, pilih aktres asal Portugal sebagai isteri

Chris Evans berkahwin dengan Alba Baptista

PELAKON Chris Evans akhirnya menamatkan zaman bujang apabila melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya iaitu Alba Baptista pada Sabtu lalu.

Page Six melaporkan majlis berkenaan diadakan secara tertutup di kediaman mereka di Massachusetts yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat pasangan mempelai.

Antara rakan pelakon berusia 42 tahun itu yang hadir adalah pelakon filem Iron Man iaitu Robert Downey Jr dan bintang Thor, Chris Hemsworth.

Chris Evans kahwin (1)

Hanya keluarga dan kenalan rapat sahaja menghadiri majlis tersebut.

Bagaimanapun semua tetamu perlu menandatangani perjanjian tanpa pendedahan (NDA) selain tidak dibenarkan menggunakan telefon sepanjang majlis berlangsung.

Sehingga kini, Chris dan Alba masih belum mengesahkan berhubung berita perkahwinan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketagih media sosial, Chris Evans nyahaktif akaun Twitter dan Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: Syafeek Ikhwan dapat mesej ajak buat perkara sumbang, sanggup bayar RM10,000 - “Abang punya aura lain macam”

Berita pelakon filem Captain America itu sedang menjalinkan hubungan dengan Alba, 26, tersebar pada November tahun lalu.

People melaporkan, Chris dan Alba yang juga pelakon asal Portugal sudah beberapa tahun menjalinkan hubungan cinta namun berjaya menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan umum.

"Mereka jatuh cinta dan Chris cukup gembira. Keluarga dan semua kawan-kawannya juga sukakan Alba," kata sumber.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain