suria

Ahli kumpulan Katseye, Manon didakwa ambil dadah... Terpalit skandal seks

Manon dan agensinya masih lagi mengunci mulut.

ANGGOTA kumpulan Katseye, Manon kini menjadi sasaran netizen selepas seorang individu didakwa mendedahkan perangai tidak senonohnya semasa menetap di Switzerland.

Dakwaan tersebut mula tersebar apabila seorang individu tidak dikenali mengirim satu hantaran yang mendakwa penyanyi kelahiran Switzerland itu mempunyai sikap tidak baik semasa tinggal di Zurich.

Hantaran tersebut dipercayai dibuat oleh kenalan terdekat Manon. 

Foto menjadi bukti kepada perbuatan Manon.

Individu itu mendakwa Manon atau Meret Manon Bannerman, 21, mempunyai hubungan toksik dengan orang disekelilingnya selain tidak mesra dan suka manipulatif.

Tidak hanya itu, individu berkenaan turut mendakwa Manon terlibat dalam penggunaan bahan terlarang.

Malah dia juga mendakwa Manon mengkhianati rakan sendiri demi mengejar cinta lelaki selain menggunakan alasan kesihatan mental sekiranya kelakuannya ditegur.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua anggota Izna bercium depan peminat, ramai anggap perkara biasa antara ahli kumpulan

ARTIKEL BERKAITAN: Bedu tak pernah abai nafkah, hulur RM12,000 buat perbelanjaan bekas isteri

"Dia bersama rakan-rakannya mengambil dadah. Dia pemalas dan menyerahkan segala-galanya kepada teman lelaki.

"Dia sanggup tidur bersama lelaki yang dia minat secara sengaja," tulisnya.

Individu berkenaan turut memuat naik beberapa foto Manon sebagai bukti terhadap segala dakwaan yang didedahkan. 

Hantaran yang dibuat oleh kenalan Manon.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen malah menyifatkan ia sebagai satu cubaan untuk menjatuhkan imej Manon.

Rata-rata peminat berharap Manon dapat membersihkan namanya dan tampil bersuara.  

Namun setakat ini, Manon mahupun syarikat agensinya masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain