suria

Dua anggota Izna bercium depan peminat, ramai anggap perkara biasa antara ahli kumpulan

Tindakan Sae Bi dan Jee Min buat peminat terkejut.

DUA anggota kumpulan Korea Selatan, Izna mencuri tumpuan ramai apabila mereka dilihat saling berciuman semasa menjayakan sebuah persembahan pada Jumaat lalu.

Konsert sulung kumpulan itu yang berlangsung selama dua hari di Seoul, Korea Selatan itu sarat dengan pelbagai detik istimewa, termasuk interaksi mesra bersama peminat yang hadir.

Namun, suasana tiba-tiba bertukar riuh ketika persembahan lagu terakhir apabila salah seorang anggotanya, Sae Bi berpaling ke arah Jee Min dan memberi ciuman di bibir.

Aksi dua ahli itu menjadi tular di media sosial.

Aksi spontan itu bukan sahaja mengejutkan para peminat, malah Jee Min sendiri kelihatan hilang kata-kata di atas pentas.

Rakaman detik berkenaan tular di media sosial sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada peminat.

Malah ada yang menganggapnya sebagai aksi mesra biasa antara ahli kumpulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Orlando Bloom rai Halloween bersama Rachel Lynn Matthews, kostum tiru gaya Katy Perry

ARTIKEL BERKAITAN: Bedu tak pernah abai nafkah, hulur RM12,000 buat perbelanjaan bekas isteri

"Rasanya dia dah biasa jadi sasaran, bukan fasal ini saja.

"Mungkin itu cara mereka tunjuk kasih sayang, cuma tak patut buat depan umum.

"Mesti Saebi sudah lama nak buat dan cuba depan orang ramai. Kesian Jeemin terkejut," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain