DUA penyanyi dangdut wanita asal Indonesia dilaporkan maut selepas terlibat dalam sebuah kemalangan yang berlaku pada malam Ahad di Sulawesi Selatan.
Kematian Icha Voc dan Nur Insani mengejutkan ramai peminat terutama penduduk setempat yang sering menyaksikan persembahan mereka.
Menurut laporan, kemalangan berlaku sekitar pukul 6 petang waktu tempatan di laluan Takalar menuju ke Jeneponto ketika mereka dalam perjalanan menghadiri sebuah acara.

Icha cukup dikenali dalam kalangan penduduk setempat.
Menurut saksi, kenderaan yang dinaiki mereka dilihat hilang kawalan sebelum terbabas.
Difahamkan jalan gelap serta licin dan kelajuan tinggi menjadi faktor berlaku nahas tersebut.
Dalam masa sama sumber turut memberitahu pemandu ketika itu dikatakan cuba mengelak seorang pejalan kali yang sedang menuju ke masjid.
ARTIKEL BERKAITAN: Vidi Aldiano takut ada anak, bimbang penyakit kanser diwarisi
ARTIKEL BERKAITAN: Titi DJ terima pilihan Stephanie tidak mahu miliki anak
Mayat dua penyanyi itu ditemukan dalam keadaan menyayat hati dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Icha dan Nur Insani merupakan dua penyanyi dangdut daerah yang popular dalam kalangan penduduk Sulawesi Selatan.
Mereka berdua sering menerima undangan dalam majlis setempat termasuk anjuran secara persendirian.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


