suria

“Saya pernah dipegang di tempat tak sepatutnya” – Tiara Andini trauma jadi mangsa gangguan seksual peminat

Tiara alami trauma selepas insiden dia menjadi mangsa gangguan seksual.

PENYANYI Indonesia, Tiara Andini berkongsi pengalaman hitam apabila pernah menjadi mangsa gangguan seksual peminat.

Menurut Tiara, 24, kejadian itu berlaku ketika dia sedang berjalan menuju ke kereta selepas menghadiri sebuah acara. 

Walaupun dikawal pengawal peribadi, namun masih ada peminat yang bertindak di luar kawalan.

Tiara lebih berhati-hati apabila berada di tempat yang ramai orang.

“Ketika saya nak masuk ke dalam kereta, tangan saya pernah dicubit. 

"Malah ada juga yang sampai pegang bahagian yang tak sepatutnya. Saya pernah alaminya,” katanya.

Akibat insiden memalukan itu, Tiara mengakui trauma dan lebih berhati-hati ketika berhadapan dengan orang ramai.

“Sejak kejadian itu, saya selalu tutup bahagian dada bila jalan di tempat ramai,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Menteri punya fasal, Tiara Andini jadi hilang sabar… Kena pindah tempat duduk dalam pesawat

ARTIKEL BERKAITAN: Tangan Tiara Andini lebam gara-gara tampar Jefri Nichol… Akui pertama kali pukul lelaki

Tiara menjelaskan pihak pengurusan sentiasa berusaha menjaga keselamatannya, namun keadaan tidak dijangka kadangkala sukar dielakkan.

“Pihak pengurusan sudah cuba sebaik mungkin, tapi ada hal-hal yang memang tak terduga berlaku.

“Tipulah tidak sedih atau terkejut dengan apa yang berlaku. Kadangkala saya rasa nak marah disebabkan insiden itu,"katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain