PELAKON Nigeria, Regina Daniels mendakwa bekas suaminya yang juga Ahli Dewan Negara, Senator Ned Nwoko melakukan manipulasi, penipuan serta penderaan emosi terhadapnya.
Regina, 25, turut menuduh Nwoko menggunakan isu dadah sebagai taktik untuk menutup perbuatan jahatnya dan mengalihkan perhatian umum.
Bukan hanya itu, aktress terbabit turut mendakwa Nwoko kerap mengurungnya di dalam bilik, merampas telefon dan mengarahkan doktor menyuntiknya dengan ubat untuk pesakit bipolar.

Regina mendakwa banyak perkara buruk yang dilakukan bekas suaminya terhadapnya.
"Kenapa kamu tak beritahu mereka bagaimana kamu kurung saya dan arahkan doktor suntik saya dengan ubat bagi pesakit bipolar?
“Kamu tak pernah lihat saya hilang kawalan, meracau atau tidak waras, jadi hentikan," katanya.
Regina tambil membuat hantaran yang mengejutkan ramai itu selepas bekas suaminya membuat hantaran di X yang menuduh keluarganya membantu mengambil dadah dan mengganggu rumah tangga mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Blake Lively tuntut RM672 juta gara-gara fitnah Justin Baldoni
ARTIKEL BERKAITAN: Vidi Aldiano takut ada anak, bimbang penyakit kanser diwarisi
Lebih mengejutkan, selepas beberapa jam Regina memuat naik satu kenyataan lain dengan menuduh Nwoko mengkhianatinya dan mendakwa lelaki itu memiliki video peribadinya.
"Bekas suami tersayang, terima kasih kerana memecahkan mahkota yang kamu letakkan di kepala saya.
"Tiada siapa kenal seperti kita kenal diri kita, dan saya percayakan kamu sepenuhnya, termasuk dengan rakaman seks saya yang saya berdoa tidak akan tersebar," ujarnya.
Dalam hantaran sama, Regina bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Nwoko.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


