BINTANG Hollywood, Orlando Bloom mencuri perhatian peminat apabila dilihat meraikan sambutan Halloween bersama pelakon Rachel Lynn Matthews yang mengenakan kostum menyerupai bekas tunangnya, Katy Perry.Menerusi beberapa foto yang dimuat naik di Instastory milik Rachel, Orlando dilihat mengenakan kostum rangka manusia sambil meletakkan tangannya di bahu aktres berkenaan. Dalam foto tersebut, Rachel tampil dengan sut biru serta rambut palsu hitam iaitu gaya yang sama seperti penampilan ikonik Katy Perry ketika mengikuti misi ke angkasa lepas dengan menaiki roket Blue Origin. Penampilan Orlando di acara Halloween menarik perhatian ramai.Sebuah lagi foto yang dikongsi portal TMZ dan Page Six turut memperlihatkan Rachel meniru aksi Katy mencium tanah selepas mendarat semula ke bumi, sambil menulis kapsyen: “Take up space!”Pada Jun lalu, Katy mendedahkan dia memilih jalan untuk berpisah secara baik selepas sembilan tahun menjalinkan hubungan bersama. ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan sembilan tahun berakhir, Katy Perry dan Orlando Bloom berpisah secara baikARTIKEL BERKAITAN: Katy Perry dah jumpa pengganti, dakwa jalin hubungan dengan bekas PM KanadaMenurut laporan media, hubungan pasangan ini sedikit tegang beberapa bulan sebelum kedua-duanya membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Untuk rekod, Katy dan Orlando mula menjalinkan hubungan cinta pada 2016 lalu dan bertunang tiga tahun selepas itu.Mereka memiliki seorang anak iaitu Daisy Dove, 4, yang kini di bawah jagaan Katy. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube