suria

Blake Lively tuntut RM672 juta gara-gara fitnah Justin Baldoni

Blake (kiri) menuntut ganti rugi terhadap Baldoni.

PELAKON Blake Lively mendakwa mengalami kerugian besar selepas difitnah aktor Justin Baldoni.

Blake, 38, kini memohon mahkamah mengarahkan Baldoni membayar ganti rugi berjumlah $161 juta (RM672 juta). 

Menurut laporan TMZ yang memetik dokumen mahkamah, peguam kepada pelakon filem The Age of Adaline itu mendakwa anak guamnya kehilangan pendapatan berjumlah $56.2 juta (RM234 juta) melibatkan hasil lakonan, penerbitan, jemputan sebagai penceramah dan kerjasama sebagai duta produk. 

Selain itu,  jenama penjagaan rambut milik Blake iaitu Blake Brown menanggung kerugian sebanyak AS$49 juta (RM204 juta). 

Malah syarikat minumannya, Betty Buzz/Betty Booze juga didakwa terjejas dan mengalami kerugian sekitar AS$22 juta (RM91 juta).

Blake alami kerugian besar akibat fitnah.

Pada Disember tahun lalu, Blake menfailkan saman terhadap Baldoni atas dakwaan gangguan seksual ketika penggambaran filem mereka berjudul It Ends With Us pada 2024. 

Dakwanya Baldoni menunjukkan video lucah, bercakap mengenai seks serta meminta menambah adegan mesra di dalam lakonan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Blake Lively tak berani keluar rumah, dedah jadi mangsa gangguan seksual Justin Baldoni

ARTIKEL BERKAITAN: Blake Lively mangsa gangguan seksual jurusolek

Blake kemudiannya mendakwa telah menjadi sasaran fitnah di media sosial selepas dia membuat aduan tentang gangguan seksual tersebut.

Bagaimanapun Baldoni membalas dengan menyaman Blake apabila mendakwa dirinya mengalami kerugian $400 juta (RM1.6 bilion) kerana mendakwa difitnah oleh Blake dengan tuduhan palsu.

Bagaimanapun, saman itu telah ditolak pada Jun lalu apabila hakim memutuskan Baldoni tidak mempunyai hak untuk menyaman atas fitnah berikutan dakwaan yang terkandung dalam dokumen mahkamah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain