suria

Blake Lively Mangsa Gangguan Seksual Jurusolek

Blake Lively.

PELAKON terkenal Hollywood Blake Lively mendedahkan dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang jurusolek.

Kata Blake, lelaki itu bukan sahaja cuba menyentuhnya tetapi sering menggunakan kata-kata kurang menyenangkan selain berbaur seksual.

"Dia sering bercakap tentang perkara yang tidak sepatutnya selain bertegas untuk menyapu gincu di bibir saya menggunakan tangannya.

"Pernah dalam satu kejadian saya tertidur di set penggambaran dan apabila terjaga saya dapati dia sedang merakam foto saya.

"Mujur saya berpakaian tetapi ia tetapi sesuatu yang tidak patut dilakukan," katanya seperti dilaporkan Contact Music.

Dalam pada itu, Blake berkata dia pernah mengadu mengenai perbuatan jurusolek itu kepada penerbit namun tiada tindakan seriud diambil terhadapnya.

Blake Lively

Artikel Sebelum

Artikel Lain