suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tangan Tiara Andini lebam gara-gara tampar Jefri Nichol… Akui pertama kali pukul lelaki

Tiara pertama kali melakonkan babak menampar Jefri.

BERGANDINGAN dengan aktor Jefri Nichol dalam filem terbaharu berjudul My Sassy Girl, pelakon Tiara Andini berkongsi salah satu babak yang memerlukan dia menampar hero.

Memetik laporan Kapanlagi, Tiara mengakui dia pada mulanya tidak selesa untuk menampar pelakon utama lelaki dalam filem tersebut iaitu Jefri.

Berkongsi mengenai babak tersebut, Tiara berkata dia yang berasa sakit sehingga tangannya lebam kesan akibat menampar Jefri.

"Awalnya saya tak rasa selesa, sebab saya pertama kali tampar lelaki dalam filem ini. Sekali ada babak tampar... dan orang itu Jefri Nichol.

"Aduh... perlu kuatkan mental juga. Saya yang pukul dia, saya yang rasa sakit. Sakit sangat, sampai jadi lebam. Bukan dia yang sakit, saya yang ada lebam.

"Mungkin kerana saya tak pernah berlatih memukul orang seperti itu. Katanya mesti ada teknik," katanya.

Selain Tiara dan Jefri, filem tersebut turut dibintangi oleh Raja Giannuca, Petrus Mahendra, Ibnu Wardhani, Mahalini, Indy Barends serta Surya Saputra.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia