suria

Peminat tak sabar tunggu lagu baharu Jungkook (BTS) dan Charlie Puth

Charlie dan Jungkook tampil dengan lagu duet buat pertama kali.

BERiTA gembira buat peminat penyanyi Charlie Puth dan Jungkook (BTS) apabila lagu duet dua selebriti terkenal itu berjudul Left and Right akan dilancarkan tidak lama lagi.

Menerusi laporan Soompi, akaun rasmi laman sosial kumpulan Kpop terkenal BTS dan Charlie Putt mengesahkan lagu kolabarasi mereka itu akan dilancarkan pada 24 Jun depan.

Malah, menerusi perkongsian itu juga, mereka turut memuat naik beberapa foto untuk lagu terbaharu mereka berdua.

Rata-rata peminat Jungkook dan Charlie teruja menantikan kerjasama dua selebriti terkenal itu untuk lagu duet buat kali pertama.

Pada 16 Jun lalu, Charlie mengumumkan bahawa dia dan Jungkook berkolaborasi dalam satu lagu baharu berjudul Left and Right.

Untuk rekod, Jungkook dan Charile pernah bekerjasama untuk persembahan istimewa di MBC Plus X Genie Music Awards di Korea pada 2018.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain