PENYANYI Tiara Andini, meluahkan rasa tidak puas hati selepas berdepan pengalaman kurang menyenangkan ketika menaiki sebuah penerbangan.
Menerusi perkongsian di InstaStory miliknya, Tiara mendedahkan dia hampir kehilangan tempat duduk dalam pesawat tersebut hanya kerana kehadiran seorang menteri.
Menurut Tiara, dia telah memilih tempat duduk bernombor 8K, yang terletak di bahagian tepi tingkap.

Tiara luah rasa tidak puas hatinya di Instastory.
Namun sebelum menaiki pesawat, petugas memaklumkan agar dia menukar tempat duduknya atas permintaan menteri berkenaan.
“Saya dah tolak dengan baik. Tapi masa nak masuk pesawat, saya terkejut sebab tempat duduk saya dah ditukar tanpa izin,” katanya.
Enggan berdiam diri, Tiara tetap bertegas mahu duduk di tempat yang telah ditempahnya sejak awal dan tidak mengendahkan permintaan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiara Andini rakam lagu komposer Korea Selatan di Malaysia, cuba genre kpop sebagai kelainan
ARTIKEL BERKAITAN: Tangan Tiara Andini lebam gara-gara tampar Jefri Nichol… Akui pertama kali pukul lelaki
Akhirnya, menteri berkenaan memilih untuk bertukar tempat duduk dengan penumpang lain agar dapat duduk bersama isterinya.
Pun begitu, menteri berkenaan dipercayai tidak berpuas hati dengannya malah memberi pandangan sini ke arahnya.
“Hal kecil macam ni pun dah nak guna kuasa? Rasa berkuasa sangat. Padahal cuma pasal tempat duduk,” ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


