suria

Rumah pelakon diceroboh kumpulan demonstrasi, kucing peliharaan turut diambil

Kediaman Eko rosak terus selepas diceroboh.

KEDIAMAN pelakon Eko Patrio menjadi sasaran kumpulan demonstrasi rakyat Indonesia sehingga mengakibatkan berlaku kerosakan besar selain kehilangan harta benda.

Dalam kejadian pada malam Sabtu, sekumpulan orang awam bertindak luar kawalan menceroboh masuk ke dalam rumah Eko yang terletak di kawasan Kuningan, Jakarta Selatan, Indonesia. 

Laporan media tempatan menyebut beberapa orang dilihat membawa keluar barangan seperti kerusi, pembesar suara dan lampu milik pelakon itu. 

Orang ramai berkumpul di rumah Eko. 

Malah kucing peliharaan Eko yang terletak di dalam kandang kediaman berkenaan turut di ambil oleh kumpulan berkenaan. 

Kedengaran suara mereka yang menceroboh masuk tidak memperdulikan tindakan berkenaan selain ada juga yang sengaja mengambil kesempatan atas kekecohan yang berlaku. 

"Saya mahu ambil ini sebagai kucing angkat. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Tak perlu wakil rakyat, cukup ada pempengaruh prihatin” - Aisar Khaled tuai pujian ramai, sanggup sertai konvoi iringi jenazah Affan Kurniawan bersama ribuan penunggang e-hailing 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Insiden maut seorang penunggang e-hailing di Jakarta, Melly Goeslaw mohon maaf bagi pihak DPR

"Bila lagi boleh dapat baju dan kasut milik orang kaya seperti Eko. Terima kasih," jerit beberapa suara yang menyertai kumpulan itu. 

Demonstrasi yang berlaku di negara berkenaan semakin tegang susulan ketidakpuasan hati terhadap sikap pemimpin yang dikatakan tidak memperdulikan nasib rakyat. 

Eko tampil membuat permohonan maaf. 

Eko yang juga merupakan salah seorang ahli politik sebelum ini mencetuskan kemarahan ramai apabila dia memuat naik video parodi menari seolah-olah tidak prihatin dengan situasi yang berlaku. 

Dia kemudian tampil membuat permohonan maaf dan mengakui ketelanjuran dalam perbuatan sendiri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain