SELEPAS 14 tahun berdiam diri, seorang wanita dikenali sebagai Nuning Irpana tampil membuat laporan polis terhadap Aliff Alli selepas mendakwa masih berstatus isteri kepada pelakon itu.
Laporan yang dibuat pada 7 November lalu di Balai Polis Metro Jaya, Jakarta itu menuntut Aliff menjelaskan status perkahwinan mereka.
Dalam masa sama, pelakon kelahiran Malaysia itu juga didakwa telah berkahwin lain tanpa pengetahuan Nuning.

Nuning (kiri) bersama peguamnya menyediakan bukti cukup menuntut keadilan.
Wakil peguam Nuning menjelaskan pihak mereka telah mengumpul segala dokumen bagi membuktikan perkahwinan bersama Aliff sejak tahun 2011 masih sah.
Bercakap kepada media, Nuning berharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera kerana selama ini berdepan pelbagai masalah termasuk tekanan emosi.
“Secara peribadi, saya mahu dia segera bertanggungjawab agar semua pihak boleh meneruskan hidup. Semuanya mahu hidup bahagia,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Aliff Alli ditahan polis Indonesia, didakwa palsukan kad pengenalan anak... Berdepan 7 tahun penjara
ARTIKEL BERKAITAN: Titi DJ terima pilihan Stephanie tidak mahu miliki anak
Jika sabit kesalahan, Aliff boleh dipenjara selama lima tahun kerana melanggar undang-undang perkahwinan Indonesia.
Aliff dan Nuning dilaporkan bernikah pada 2011, namun pelakon itu terus menghilangkan diri tanpa khabar berita dan turut membawa dokumen perkahwinan.
Kemudian pada 2021, Aliff muncul di Mahkamah Agama Jakarta Pusat bagi menuntut pembatalan nikah, namun tuntutan itu telah ditolak oleh hakim.

Aliff didakwa hilang tanpa khabar.
Aliff sebelum ini juga pernah mencetuskan kontroversi selepas didakwa memalsukan dokumen anaknya hasil perkahwinan bersama Aska Ongi.
Dia dikatakan membawa lari anak mereka ke Malaysia selepas bercerai dengan Aska pada 2019.
Aliff juga merupakan adik kepada pelakon Miller dan Farali Khan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


