suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekali lagi padam foto bersama, Jefri Nichol dah 'unfollow' Ameera Khan

Kali ini Ameera dan Jefri saling tidak mengikuti akaun IG masing-masing.

HUBUNGAN cinta antara pelakon Jefri Nichol dan kekasihnya iaitu personaliti media sosial, Ameera Khan sekali lagi menjadi perhatian selepas kedua-duanya memadamkan semua foto bersama. 

Tindakan mereka itu menimbulkan tanda tanya selain timbul spekulasi kisah cinta romantis yang sering dipamerkan sebelum ini sudah berakhir. 

Netizen pula dalam masa sama pantas menjalankan 'gerak kerja' mencari kepastian akan hubungan mereka. 

Jefri dan Ameera padam foto mereka bersama di IG masing-masing.

“LMK (Ameera) dah putus dengan Jefri ke? Dua-dua dah padam gambar. 

"Semalam dekat TikTok nampak netizen Indonesia sedih. Sampai ibu Ameera pun dah unfollow Jefri. 

"Ameera dan Jefri dah tiada apa-apa hubungan ke? Dua-dua dah tak follow kat IG,” tulis netizen.

Bukan setakat memadam foto, kedua-duanya juga dikatakan tidak lagi saling mengikuti di Instagram, sekaligus menguatkan spekulasi kononnya hubungan mereka bermasalah.

ARTIKEL BERKAITAN:Gambar bersama sudah tiada, Ameera Khan ‘unfollow’ IG Jefri Nichol

ARTIKEL BERKAITAN: Ameera Khan sifatkan pertemuan dengan Jefri Nichol sebagai takdir indah, netizen pula doa cepat nikah... "Pergi kursus kahwin ya?"

Namun begitu, hasil pemantauan mStar mendapati Jefri masih mengikuti akaun Instagram kakak Ameera, iaitu Neelofa dan Noor Nabila.

Kemesraan Jefri dan Ameera sebelum ini sering menjadi perhatian apabila mereka sering berkongsi gambar bersama ketika menghadiri majlis-majlis jenama fesyen. 

Sejak terbuka berkongsi kisah cinta, Jefri yang merupakan aktor asal Indonesia dilihat sering datang ke Malaysia dan berjumpa dengan keluarga Ameera. 

Hubungan cinta Jefri dan Ameera didakwa sudah berakhir.

Untuk rekod, Ameera dan Jefri pernah menjalinkan hubungan beberapa tahun lalu sebelum dikatakan putus pada Oktober 2021. 

Mereka juga pernah bertindak 'unfollow' akaun Instagram masing-masing sebelum ini. 

Namun, pada Mac tahun lalu, cinta mereka kembali bertaut dan sejak itu pasangan ini dilihat lebih terbuka berkongsi momen manis bersama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain