BEKAS anggota kumpulan Long Pretty Girls (LPG), Park Seo Hwi, mendedahkan kisah sedih di sebalik keputusannya untuk meninggalkan dunia seni dan memulakan kerjaya sebagai seorang dukun.Menerusi episod program Exclusive World terbitan MBN, Seo Hwi yang sebelum ini dikenali sebagai wanita bijak lulusan universiti, kini dilihat menetap di sebuah kuil di tengah Seoul, Korea Selatan, lengkap berpakaian jubah putih. Menurutnya, keputusan itu bukan dibuat secara tiba-tiba, sebaliknya didorong oleh pengalaman mimpi ngeri yang berulang.Seo Hwi sanggup meninggalkan kerjaya demi menjadi dukun. "Saya sering bermimpi ahli keluarga saya meninggal dunia. Mimpi itu sangat jelas sehingga saya terjaga sambil menjerit dan menangis," katanya.Dalam pada itu, bapa Seo Hwi meluahkan rasa sedih apabila anak perempuannya itu memilih untuk menjalani kehidupan berbeza selepas bergelar artis popular.Baginya, Seo Hwi seorang yang berpotensi besar untuk memulakan kerjaya dalam bidang profesional kerana memiliki ijazah.ARTIKEL BERKAITAN: Bomoh jumpa balutan seluar dalam di bilik Ayu Ting Ting, percaya ada individu hantar santauARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani tuduh Ivan Gunawan kaki bomoh, cuba hantar sihir agar dia bisu dan cacat "Dia seorang pelajar yang cemerlang, lulus dari universiti berprestij, dan kami membesarkannya tanpa sebarang kekurangan."Saya sangat sedih untuk Seo Hwi. Keputusan yang dibuat benar-benar mematahkan hati," ujarnya.Untuk info, Seo Hwi memulakan kerjayanya pada tahun 2013 sebagai ahli LPG dengan nama pentas Ayul, sebelum beralih ke bidang pengacaraan dan muncul dalam pelbagai rancangan hiburan seperti Kick A Goal dan Game of Blood.Pada Mac 2026, dia memilih untuk menjalani kehidupan sebagai seorang dukun sepenuhnya, sekali gus menamatkan kerjayanya dalam dunia penyiaran.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube