suria

Nikita Mirzani tuduh Ivan Gunawan kaki bomoh, cuba hantar sihir agar dia bisu dan cacat 

Nikita dan Ivan pernah menjadi sahabat baik.

ARTIS kontroversi Indonesia iaitu Nikita Mirzani nampaknya masih belum serik mencari gaduh dengan rakan selebriti meskipun kes fitnah di mahkamah melibatkan dirinya baharu sahaja selesai.

Terbaharu, Nikita didakwa buat hal dengan teman baiknya sendiri iaitu pereka fesyen Ivan Gunawan dan personaliti media sosial popular, Bunda Corla apabila dilihat menyerang kedua-dua personaliti itu secara terbuka di media sosial.

Lebih memeranjatkan, Nikita mendakwa Ivan seorang 'kaki' bomoh dan pernah cuba menyihirnya agar dia bisu dan cacat.

Tidak hanya itu, pelakon itu turut mengheret rakan kongsi Ivan, Maharani Kemala dengan mendakwa wanita itu bersubahat untuk menjatuhkannya dengan cara syirik.

63c75edfb9921-ivan-gunawan-nikita-mirzani_663_372

Ivan pilih mendiamkan diri daripada mengulas mengenai tuduhan Nikita terhadapnya.

Bagaimanapun, Ivan memilih mendiamkan diri berhubung semua dakwaan Nikita terhadapnya sebaliknya hanya memuat naik nukilan dengan maksud mendalam di Instagram dipercayai ditujukan kepada Nikita.

Menerusi hantaran tersebut, Ivan berkata dia percaya semua perkara yang berlaku pasti akan berakhir dengan baik selain percaya dengan maksud sebuah persahabatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Berzina tapi solat Subuh tak tinggal - Nikita Mirzani

ARTIKEL BERKAITAN: Bebas tuduhan fitnah Dito Mahendra, Nikita Mirzani alami kerugian besar 2 bulan ditahan polis

"Semua akan indah pada waktunya. Saya percaya sebuah erti persahabatan, akan selamanya bersahabat," tulisnya.

Tidak hanya itu, Ivan turut memuat naik hantaran video ceramah daripada seorang ustaz tentang peringatan untuk tidak membalas perbuatan tidak baik terhadap orang lain.

"Buah kalau sudah busuk, lama-lama ia akan jatuh sendiri tanpa perlu anda kait. Orang kalau sudah jahat akan jatuh sendiri, tanpa perlu orang lain jatuhkan.

"Jadi anda tidak perlu susah-susah burukkan orang lain, sebarkan aibnya. Kalau orang sudah 'rosak', dia akan jatuh sendiri," antara petikan ceramah yang dikongsi Ivan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain