suria

Bebas tuduhan fitnah Dito Mahendra, Nikita Mirzani alami kerugian besar 2 bulan ditahan polis 

Nikita kini bebas dakwaan menyebar fitnah.

PELAKON Nikita Mirzani mendedahkan mengalami kerugian besar selepas dua bulan ditahan pihak berkuasa berhubung dakwaan fitnah terhadap Dito Mahendra sebelum ini.

Dakwa Nikita, jadual kerjanya yang sudah dirancang sehingga Februari 2023 terpaksa dibatalkan disebabkan kes mahkamah yang dihadapinya ketika ini.

"Saya mengalami kerugian besar sepanjang dua bulan dan dua minggu ditahan polis.

"Ketika ditahan, saya tak tahu bila akan dibebaskan jadi lebih baik batalkan semua kerja... namun saya bersyukur pihak terlibat tidak meminta sebarang ganti rugi.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Nikita Mirzani digeledah tanpa kebenaran, dakwa anak cedera dipukul polis

"Semoga saya dapat bekerjasama dengan mereka lagi," katanya.

Nikita sebelum ini ditahan pihak berkuasa selepas terlibat dengan dakwaan penyebaran fitnah melibatkan Dito Mahendra.

Sepanjang perbicaraan kes tersebut, nama Nikita sering mencuri tumpuan ramai apabila dia dilihat tegas mempertahankan kebenaran selain kekal dengan pendirian tidak bersalah.

Mahkamah pada 29 Disember lalu membebaskan selebriti kontroversi itu daripada sebarang pertuduhan selepas Dito gagal menghadirkan diri sepanjang empat kali perbicaraan kes berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain