suria

Kantoi bercuti di Jepun, Lee Jong Suk akhirnya mengaku bercinta dengan IU 

IU dan Lee Jong Suk sah bercinta.

PELAKON Lee Jong Suk akhirnya mengakhiri spekulasi apabila mengesahkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi dan aktres, IU.

Allkpop melaporkan perkara itu turut disahkan oleh syarikat pengurusan Jong Suk iaitu HighZium Studio.

Wakil syarikat berkenaan memberitahu Jong Suk, 33, dan IU atau Lee Ji Eun, 29, sebelum ini hanya berkawan rapat namun memutuskan untuk menjalani hubungan serius sebagai pasangan kekasih.

iu2 - 1

Peminat merestui hubungan pasangan selebriti ini.

"Pelakon Lee Jong Suk dan IU baru-baru ini menjadi sahabat rapat dan akhirnya mereka mengekalkan hubungan yang lebih serius.

"Diharap peminat dapat memberi sokongan untuk pasangan ini meneruskan perhubungan cinta mereka," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Murahnya hati! IU beri sumbangan RM653,000 sempena ulang tahun ke-15 jadi artis

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Lee Jong Suk makin kacak berambut panjang, tak sabar tunggu filem The Witch Part 2

HighZium Studio berkongsi perkara itu menerusi kenyataan media yang dibuat pada 31 Disember.

Dalam pada itu, peminat menyambut gembira berita berkenaan dan menyifatkan pasangan itu sangat secocok bersama.

"Saya setuju kalau mereka berdua jadi pasangan kekasih.

iu1 - 1

Pasangan ini didakwa bercuti bersama ke Jepun.

"Berita paling gembira untuk akhir tahun ini. Saya suka pasangan ini, Lee Jong Suk dan IU," tulis netizen.

Sebelum ini, Dispatch mendedahkan foto pasangan tersebut yang didakwa bercuti di Nagoya, Jepun ketika perayaan Hari Natal sehingga menimbulkan pertanyaan dalam kalangan peminat.

Jong Suk turut membuat ucapan terima kasih kepada seorang individu istimewa ketika menerima trofi kemenangan di 2022 MBC Drama Awards yang menguatkan lagi pasangan itu mempunyai hubungan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain