suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wow! Lee Jong Suk makin kacak berambut panjang, tak sabar tunggu filem The Witch Part 2

Lee Jong Suk berkongsi imej terbaharunya di Instagram.

PELAKON Lee Jong Suk nampaknya sudah bersedia kembali kepada pekerjaan hakikinya sebaik menamatkan latihan militari pada Januari lalu.

Terbaharu, aktor berusia 32 tahun itu tampil dengan imej berambut panjang buat kali pertama dalam sejarah karier lakonannya.

Menurut Jong Suk imej itu bagi melengkapkan wataknya dalam filem terbaharu terbitan Netflix, The Witch Part 2.

"Ini kali pertama saya simpan rambut panjang sebab mahu tampilkan kelainan berbanding imej sebelum ini.

"Saya ambil inisiatif ini untuk memberikan aksi lakonan terbaik buat peminat yang sudah lama ternanti-nantikan kemunculan semula saya," katanya.

Jong Suk sebelum ini cukup dikenali dengan beberapa drama bersiri seperti I Can Hear Your Voice, Pinocchio, While You Were Sleeping dan Romance Is A Bonus Book. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain