suria

Wang besar menanti! Lady Gaga tawar habuan RM2.03 juta jika anjing berjaya ditemui

Penjaga anjing Lady Gaga turut ditembak dalam insiden itu.

DUA anjing baka French bulldog milik penyanyi Lady Gaga dilaporkan telah dicuri pada malam Rabu.

Dalam kejadian itu, suspek lelaki terbabit turut melepaskan tembakan terhadap penjaga anjing Gaga dikenali sebagai Ryan Fischer, sebelum melarikan diri bersama dua anjing malang berkenaan.

Ryan dilaporkan mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Susulan itu penyanyi Bad Romance berkenaan turut menawarkan wang ganjaran sebanyak AS$500,000 (RM2.03 juta) kepada mana-mana individu yang menjumpai atau memulangkan semula anjing kesayangannya.

Dua haiwan berkenaan diberi nama Koji dan Gustav.

Seekor lagi anjing Gaga yang diberi nama Miss Asia bagaimanapun sempat melarikan diri dalam insiden tersebut dan telah berjaya ditemui pihak polis.

Gaga atau nama sebenarnya, Stefani Germanotta, 35, kini difahamkan berada di Rom, Itali bagi menjalani penggambaran filem terbaharunya berjudul Gucci yang diarahkan oleh Ridley Scott. - BBC

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain