suria

Taeyang (Big Bang) dedah wajah anak lelaki, ramai kata ikut muka isteri

Anak lelaki Teayang dan Min Hyo Rin sudah berusia setahun.

SELEPAS setahun merahsiakan identiti anak sulungnya, penyanyi Taeyang daripada kumpulan Big Bang akhirnya mendedahkan wajah bayinya itu untuk tatapan umum.

Taeyang memberitahu bayi lelakinya itu dilahirkan pada November 2021 dan mewarisi wajah isterinya, Min Hyo Rin.

"Dia dilahirkan pada November 2021 dan baru sahaja menyambut ulang tahun yang pertama baru-baru ini.

"Wajah dia mirip dengan isteri saya... walaupun lelaki tetapi dia tetap kelihatan cantik seperti ibunya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian peminat jadi kenyataan! Akhirnya Taeyang dan Jimin umum kolaborasi baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Tukar gambar profil Facebook selepas lapan tahun, Big Bang bakal buat comeback ?

Taeyang berkongsi mengenai anaknya itu ketika muncul menerusi program Look Me Up di saluran YouTube 1theK Original.

Sementara itu, penyanyi lagu Good Boy itu memberitahu, ramai keliru dengan jantina anaknya itu kerana wajahnya kelihatan seperti bayi perempuan.

"Kalau saya bawa dia keluar, peminat mesti akan tanya sama ada dia lelaki atau perempuan. saya memang selalu kena jelaskan yang anak saya ini lelaki.

"Bagi saya dia memang cantik. Sangat menawan dan berharga buat saya dan isteri," ujarnya.

Untuk rekod, Taeyang melangsungkan perkahwinan dengan Hyo Rin pada Februari 2018.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain