suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dikta terduduk tahan senak, peminat ambil kesempatan raba kemaluan 

Dikta diraba peminat selepas selesai lakukan persembahan.

PENYANYI Pradikta Wicksono berdepan detik memalukan apabila kemaluannya diramas peminat ketika bersesak-sesak ketika menghadiri sebuah program yang diadakan di Jakarta baru-baru ini.

Suara melaporkan Pradikta atau lebih mesra dengan panggilan Dikta turut dilihat menjerit selepas salah seorang daripada mereka mengambil kesempatan dengan merabanya.

Tidak hanya bahagian kemaluan, peminat turut 'meratah' tubuh badannya.

Dikta terduduk menahan sakit selepas diraba peminat.

Menerusi video yang tular di media sosial, Dikta dilihat memegang bahagian alat sulitnya sambil wajahnya menahan kesakitan.

Vokalis kumpulan Yovie & Nuno itu juga terduduk kerana kesakitan akibat insiden berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan naik sebab bahagia, Selena Gomez sudah biasa jadi mangsa ‘body shaming’

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pakai mekap pun cantik! Netizen puji penampilan anak perempuan Shah Rukh Khan

Dalam pada itu, Dikta hanya sempat menyanyikan tiga buah lagu sebelum acara itu ditamatkan gara-gara sesak dengan penonton sehingga keadaan menjadi tidak terkawal.

Susulan kejadian itu, Dikta dikatakan mula belajar beberapa teknik seni pertahankan diri, Kungfu sebagai langkah berjaga-jaga selepas ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia