suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak pakai mekap pun cantik! Netizen puji penampilan anak perempuan Shah Rukh Khan

Suhana Khan dipuji cantik tanpa solekan.

CANTIK semulajadi... Penampilan anak kepada pelakon Bollywood Shah Rukh Khan iaitu Suhana Khan menarik perhatian ramai apabila tampil dengan wajah tanpa secalit mekap.

Memetik laporan HindustanTimes, Suhana dilihat keluar bersama ibunya, Gauri Khan yang dipercayai ingin berkunjung ke kediaman rakannya pada petang Ahad.

suhana3 - 1

Suhana bersama bapanya, Shah Rukh Khan.

Suhana dilihat tidak mengenakan sebarang solekan dan hanya berpakaian menggayakan t-shirt putih serta jaket kelabu yang dipadankan dengan seluar hitam.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah anak gadis aktor berkenaan masih kelihatan cantik walaupun tanpa mekap.

ARTIKEL BERKAITAN: Shah Rukh Khan ajak peminat masuk bilik hotel, untung siap dapat cium lagi!

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Shah Rukh Khan buka bisnes minuman keras, netizen kecam seolah-olah tidak hormati bapa

Rata-rata peminat memuji kecantikan gadis berusia 23 tahun itu dan menyifatkan sebagai seorang yang rendah diri walaupun merupakan anak perempuan kepada seorang bintang terkenal Bollywood.

"Anak Shah Rukh Khan sentiasa kelihatan manis walau dalam keadaan apa sekali pun.

"Benar, saya rasa dia juga rendah diri walaupun anak kepada bintang terkenal Bollywood.

"Dia sebenarnya kelihatan agak cantik tanpa solekan seperti yang sering ditonjolkan sebelum ini," tulis netizen.

suhana2 - 1

Suhana bakal muncul dengan filem pertama, Zoya Akhtar's The Archies.

Untuk info, Suhana bakal membuat kemunculan pertama menerusi filem Zoya Akhtar's The Archies arahan pengarah Zoya Akhtar.

Difahamkan, filem berkenaan akan disiarkan di platform penstriman Netflix tahun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia