suria

Anak Shah Rukh Khan buka bisnes minuman keras, netizen kecam seolah-olah tidak hormati bapa

Aryan dikecam gara-gara jalani perniagaan minuman keras.

ANAK lelaki Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan mengumumkan dia kini baru sahaja menceburi dunia perniagaan.

Portal Times of India melaporkan, Aryan memaklumkan dia bersama dua rakannya iaitu Bunty Singh dan Leti Blagoeva membuka pernigaan minuman keras jenis premium.

Katanya, dia mendapat idea mencipta perniagaan tersebut bersama rakan kongsinya selepas bertemu di Jerman.

Aryan bersama dua rakan kongsi perniagaannya.

Dia juga memberitahu mengambil masa lima tahun untuk membangunkan konsep dan membina jenama sekali gus memilih produk yang bersesuaian.

Bukan hanya menjual minuman keras namun perniagaan tersebut juga menjual produk pakaian dan aksesori premium.

ARTIKEL BERKAITAN: Kali pertama muncul selepas kes dadah, peminat histeria tengok Aryan Khan... Nampak macam kembar Shah Rukh Khan

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu tenangkan anak... Shah Rukh Khan henti semua penggambaran, bimbang keadaan Aryan masih trauma duduk penjara

Bagaimanapun, perkara itu mendapat kecaman ramai apabila Aryan dikatakan tidak menghormati Shah Rukh Khan yang beragama Islam.

Aryan juga bercita-cita tinggi apabila ingin mengembangkan perniagaan minuman kerasnya di seluruh Asia, Eropah dan juga Amerika Utara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain