suria

Lee Seung Gi menang tuntutan RM18 juta daripada syarikat pengurusan, mahu derma buat golongan memerlukan

Seung Gi mahu mendermakan semua wang yang diterima.

PELAKON dan penyanyi Lee Seung Gi bercadang mendermakan semua wang yang diperoleh daripada agensinya, Hook Entertainment kepada badan kebajikan.

Seung Gi, 35, berkata, dia menerima bayaran sebanyak 5.4 bilion Won (RM18 juta) daripada syarikat tersebut susulan memenangi kes tuntutan pendapatan serta faedah yang gagal dibayar kepadanya sebelum ini.

"Apa yang boleh saya janjikan ialah saya akan menderma keseluruhan jumlah itu tidak kira berapa banyak bayaran tertunggak kecuali untuk tuntutan bayaran mahkamah," katanya.

Seung Gi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

s2 - 1

Seung Gi akhirnya menerima wang bayaran daripada Hook Entertainment.

Aktor drama Vagabond itu memberitahu, dia akan bertemu dengan wakil badan amal untuk memberikan sumbangan wang tersebut.

Kata Seung Gi, wang yang bakal diterima mungkin terlalu banyak untuknya dan adalah lebih baik jika dia mendermakan kepada golongan lebih memerlukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama berdiam diri, akhirnya Lee Seung Gi jawab dakwaan putus cinta... Sengaja kunci mulut bimbang kenyataan diputar belit

ARTIKEL BERKAITAN: Murid pandai ketika di bangku sekolah, boleh bercakap 3 bahasa antara keistimewaan Lee Seung Gi

"Jika wang ini boleh digunakan untuk orang yang lebih susah, saya dapat merasakan nilai kebahagiaan itu lebih daripada wang yang saya terima itu," jelasnya.

Dalam pada itu, aktor berkenaan turut memberitahu dia membawa kes itu ke mahkamah bukan kerana wang, namun ingin mendapatkan semula haknya selepas tidak pernah memerima apa-apa bayaran daripada pihak pengurusan.

Menurut Seung Gi, dia juga tidak tahu atas dasar apa dan bagaimana pihak agensi mengira jumlah bayaran tersebut dan akan terus menuntut haknya di mahkamah.

s1 - 1

Seung Gi mahu tuntut keadilan.

"Mereka mungkin berpendapat saya hanya mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan bayaran.

"Namun, bagi saya hasil titik peluh seseorang itu tidak boleh digunakan secara tidak adil atas sikap tamak orang lain. Jadi saya fikir saya akan terus berada di mahkamah mulai sekarang," ujarnya.

Terdahulu, Seung Gi dikatakan tidak pernah menerima sebarang keuntungan hasil penjualan muzik digitalnya daripada agensi Hook Entertainment.

Seung Gi mendakwa dia tidak menerima bayaran bagi keuntungan hasil muziknya sebanyak 137 buah lagu sepanjang tempoh 18 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain