suria

Murid pandai ketika di bangku sekolah, boleh bercakap 3 bahasa antara keistimewaan Lee Seung Gi

Lee Seung Gi sangat aktif bersukan ketika di bangku sekolah.

DRAMA siri Mouse yang masih ditayangkan sejak Mac sehingga kini membuatkan nama pelakon Lee Seung Gi antara yang menjadi sebutan peminat K-drama.

Bakat lakonan Lee Seung Gi sememangnya sudah tidak dapat dinafikan malah pelakon berusia 34 tahun itu juga memiliki suara yang merdu sebagai seorang penyanyi.

Kali ini, mStar senaraikan enam fakta menarik tentang Lee Seung Gi;

1. Lee Seung Gi dilahirkan pada 13 Januari 1987 dan merupakan penyanyi, pelakon serta pengacara.



Lee Seung Gi bukan sahaja berbakat dalam lakonan malah nyanyian juga.

2. Meskipun namanya menjadi popular disebabkan drama yang dibintangi, namun sebenarnya Lee Seung Gi mula menjejak kaki dalam industri seni menerusi bidang nyanyian.

Bermula dengan lagu Because You're My Woman pada 2004 yang melonjakkan nama Lee Seung Gi sebagai penyanyi. Pada tahun yang sama juga, Lee Seung Gi memenangi anugerah Pendatang Baharu Terbaik.

3. Bukan hanya fasih berbahasa Korea, Lee Seung Gi juga mampu berbicara menggunakan bahasa Inggeris dan Jepun. Babaknya berbicara dalam bahasa Inggeris menerusi program Sisters Over Flowers mencuri perhatian peminat sehingga menjadi trending.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

4. Lee Seung Gi juga sangat terkenal di Jepun selepas melancarkan lagu dan album berjudul Time For Love pada 2012. Baik lagu dan albumnya itu mendapat tangga tertinggi musik di Jepun.



Lee Seung Gi boleh berbicara bahasa Jepun.

Malah, Lee Seung Gi juga pernah mengadakan konsert di Nippon Budokan, Tokyo dihadapan 8,000 peminatnya.

5. Lee Seung Gi mempunyai prestasi yang baik dalam akademik, olahraga dan seni ketika di bangku sekolah. Malah, dia adalah seorang murid yang sentiasa mendapat keputusan yang bagus serta menjadi ketua di sekolahnya.

Bukan sahaja aktif dalam sukan bola sepak, Lee Seung Gi juga menjadi vokalis untuk band rock di sekolahnya.



Peminat mahu Lee Seung Gi bercinta dengan Bae Suzy.

6. Rata-rata peminat sangat suka melihat gandingan Lee Seung Gi dengan aktres Bae Suzy dalam drama siri Vagabond (2017). Sebenarnya, mereka bukanlah kali pertama disatukan dalam sebuah drama.

Sebelum ini, Lee Seung Gi pernah membintangi drama Gu Family Book bersama Suzy pada 2013. Segelintir peminat juga mahu melihat Lee Seung Gi bercinta dengan Suzy.

Sehingga kini, Lee Seung Gi dan Suzy masih menjalinkan hubungan yang sangat baik.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain