suria

3 muzik video BTS cecah 1 bilion tontonan, Idol, Fake Love dan Mic Drop bakal menyusul

BTS dikatakan seperti jelmaan kumpulan The Beatles yang mana masing-masing berjaya mencipta fenomena muzik luar biasa yang diterima oleh peminat seluruh dunia.

POPULARITI BTS semakin memuncak sejak kebelakangan ini selepas mereka berjaya menambah bilangan peminat setia yang digelar Army sebaik melancarkan single pertama berbahasa Inggeris sepenuhnya, Dynamite pada Ogos tahun lalu.

Terbaharu, BTS bakal tampil dengan single Inggeris kedua mereka berjudul Butter yang bakal dilancarkan pada 21 Mei ini.

Selain berjaya mencipta beberapa rekod antaranya muncul artis Kpop pertama yang berjaya tercalon dalam anugerah muzik berprestij Amerika Syarikat, Grammy edisi ke-63, muzik video (MV) kumpulan ini juga turut menjadi trending di YouTube.

Dynamite merupakan single Inggeris pertama BTS.

Malah, MV Dynamite baru-baru ini muncul MV ketiga BTS yang berjaya mencatat jumlah tontonan melebihi 1 bilion.

Sebelum ini, single mereka berjudul DNA yang dilancarkan pada bulan September 2017 terlebih dahulu berjaya mencapai jumlah 1 bilion pada Jun tahun lalu.

Selepas itu, MV lagu duet mereka bersama penyanyi antarabangsa Halsey, Boy With Luv juga mencapai kejayaan sama pada tahun lalu dan kini telah mencatatkan sebanyak 1.2 bilion tontonan.

BTS berkolaborasi dengan Halsey menerusi lagu Boy With Luv yang dilancarkan pada dua tahun lalu.

Turut mengikuti rapat tiga MV itu dalam usaha mencecah 1 bilion tontonan ialah lagu Idol, Fake Love dan Mic Drop yang kini mencatatkan lebih 900 juta tontonan.

Septet yang dianggotai RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook ini mengakui kejayaan yang dikecapi mereka pada hari ini adalah hasil sokongan Army yang tidak berbelah bahagi terhadap mereka.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selain kejayaan dalam bidang muzik, BTS juga turut menjadi rebutan jenama terkemuka dunia untuk menjadi duta mereka.

Antara jenama dan produk yang diwakili oleh BTS ialah seperti Samsung, Hyundai, Coway, Fila dan terbaharu mereka dilantik menjadi wajah terbaharu untuk jenama fesyen mewah terkemuka dunia, Louis Vuitton.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain