suria

Terlalu pemalu hingga didaftarkan ke kelas lakonan antara 8 fakta menarik 'duda hot' Song Joong Ki

Lakonannya menerusi drama Vincenzo memikat hati penonton.

NAMA pelakon Song Joong Ki kembali menjadi sebutan selepas memegang watak sebagai mafia Itali menerusi drama siri popular Vincezo yang ditayangkan sejak hujung April hingga awal Mei.

Malah, aktor berusia 36 tahun itu juga layak menerima gelaran sebagai 'duda hot' disebabkan ketampanan wajah dan gaya penampilannya yang mencuri hati peminat wanita.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selain drama Vincenzo, lakonan Joong Ki menerusi filem Space Sweepers yang ditayangkan di Netflix pada 5 Februari lalu turut mendapat sambutan penonton.



Joong Ki seorang pemalu ketika dia masih kecil.

Berikut lapan fakta menarik mengenai Song Joong Ki.

1. Song Joong Ki dilahirkan pada 19 September 1985 (36 tahun).

2. Bukan sahaja berbakat dalam lakonan, Joong Ki juga mempunyai latar belakang pelajaran yang bagus memandangkan dia bekas pelajar dalam aliran Pentadbiran Perniagaan di Sungkyunkwan University.

3. Ketika masih kecil, Joong Ki dikatakan seorang yang sangat pemalu. Disebabkan itu, ibu bapanya meminta dia menyertai pelbagai aktiviti di bangku sekolah. Malah, ibu bapanya juga mendaftarkannya masuk ke kelas lakonan.



Joong Ki layak digelar 'duda hot'.

4. Hubungan persahabatan Joong Ki dan pelakon Lee Kwang Soo sememangnya diketahui peminat mereka.

Bagi menghargai sahabat baiknya, Joong Ki pernah mengambil cuti dari latihan tentera hanya semata-mata ingin menghadiri perkahwinan adik perempuan Kwang Soo.

5. Drama siri popular Descendants of the Sun telah menyatuka Joong Ki dengan aktres Song Hye-kyo. Cinta lokasi itu berakhir dengan perkahwinan mereka pada tahun 2017.



Rumah tangga mereka hanya bertahan selama dua tahun.

Sayangnya, rumah tangga mereka hanya bertahan dua tahun saja. Pasangan itu mengambil keputusan untuk berpisah pada 2019. Perpisahan mereka juga mengejutkan peminat mereka.

6. Bukan sahaja memiliki wajah yang tampan bahkan, Song Joong Ki juga dipuji kerana bersikap dermawan. Dia pernah memberi sumbangan sebanyak hampir RM3 juta untuk membantu petugas kesihatan dalam menangani Covid-19.

Pada pertengahan tahun lalu, dia juga dilaporkan telah menyumbang RM1.8 juga untuk membantu mangsa bencana hujan lebat dan banjir di Korea.



Peminat suka gandingan Joong Ki dan Jeon Yeon Been dalam siri Vincenzo.

7. Dalam sebuah wawancara Song Joong-ki menyatakan dirinya suka dengan wanita yang memiliki kaki jenjang dan rambut lurus. Baginya wanita dengan ciri tersebut terlihat manis dan seksi, dikutip dari Medium.

8. Song Joong Ki memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan menerusi filem A Frozen Flower yang ditayangkan pada 2008. Antara drama popular lakonannya adalah The Innocent Man dan A Werewolf Boy.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain