suria

7 pelakon Kdrama dapat bayaran tertinggi... tak sangka Kim Soo- Hyun terima RM2.5 juta satu episod!

Kim Soo-Hyun, Song Joong-Ki dan Lee Min-Ho antara aktor paling mahal di Korea Selatan.

KEBANGKITAN drama keluaran Korea Selatan yang dikenali sebagai Kdrama semakin memuncak naik malah popularitinya juga sudah setanding dengan kebanyakan drama terbitan produksi Hollywood.

Kekuatan jalan cerita serta plot twist menarik menjadi antara tarikan yang menyebabkan penonton Kdrama tidak jemu memberikan sokongan terhadap naskhah yang datang dari sana.

Selain faktor jalan cerita, kekacakan serta kejelitaan hero dan heroin mereka turut menjadi penyumbang kepada kejayaan sesebuah drama bersiri Kdrama itu sendiri.

Di sini, mStar senaraikan top 7 pelakon Kdrama yang menerima pendapatan paling tinggi setakat tahun ini.

Kim Soo-Hyun

1. Kim Soo-Hyun (RM2.5 juta satu episod)

Sejak menamatkan latihan militari pada bulan Oktober 2017, populariti Kim Soo-Hyun terus memuncak naik. Aktor berusia 33 tahun itu kini merupakan pelakon yang menerima bayaran paling tinggi iaitu sebanyak RM2.5 juta bagi setiap satu episod drama yang dijayakannya.

Antara drama yang menaikkan nama Kim Soo-Hyun ialah It's Okay To Not Be Okay yang ditayangkan pada tahun lalu di saluran berbayar Netflix.

Jun Ji-Hyun

2. Jun Ji-Hyun (RM490,000 satu episod)

Satu-satunya pelakon wanita yang tersenarai dalam Top 7, Jun Ji-Hyun memulakan kerjayanya pada tahun 2001 menerusi drama My Sassy Girl. Turut dikenali dengan nama glamor, Gianna Jun, pelakon berusia 39 tahun ini dilaporkan menerima bayaran sebanyak RM490,000 untuk satu episod drama yang dilakonkannya.

Antara drama hit yang pernah dibintangi Jun Ji-Hyun ialah My Love From The Star dan Legend Of The Blue Sea.

Hyun Bin

3. Hyun Bin (RM460,000 satu episod)

Hyun Bin, 39, menerima bayaran gaji sebanyak RM460,000 untuk satu episod yang dibintanginya. Popularitinya semakin meningkat apabila drama lakonannya, Crash Landing On You menjadi trending di seluruh dunia pada hujung tahun 2019.

Keserasiannya bersama heroin drama itu, Son Ye-Jin, 39, akhirnya membawa kepada hubungan cinta luar lokasi dan kebanyakan peminat naskhah tersebut gembira dengan berita penyatuan hati kedua-dua bintang kesayangan mereka ini.

So Ji-Sub

4. So Ji-Sub (RM370,000 satu episod)

Mula berlakon sejak tahun 2002, So Ji-Sub, 43, mencipta populariti selepas membintangi drama What Happened In Bali yang ditayangkan pada 2004.

Kemasyhuran yang diraihnya berbaloi apabila dia kini tersenarai di antara pelakon Kdrama yang menerima pendapatan paling tinggi iaitu dibayar sebanyak RM370,000 bagi setiap satu episod drama yang dilakonkannya.

Jo In-Sung

5. Jo In-Sung (RM370,000 satu episod)

Walaupun sudah lama tidak tampil dengan sebarang drama terbaharu, namun nama Jo In-Sung, 39, masih lagi mekar sebagai pelakon menerima bayaran paling tinggi. Kadar bayaran bagi mendapatkan khidmat aktor kacak ini ialah sebanyak RM370,000 bagi setiap episod.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Lee Min-Ho

6. Lee Min-Ho (RM345,000 satu episod)

Aktor paling popular ini dibayar sebanyak RM345,000 bagi setiap satu episod yang dijayakannya. Lee Min Ho kini merupakan pelakon lelaki Korea Selatan yang mempunyai paling ramai pengikut di Instagram dengan seramai 23.2 juta orang.

Antara drama fenomena yang pernah dibintangi aktor berusia 34 tahun ini ialah seperti Boys Over Flowers, The Heirs, Legend Of The Blue Sea dan The King: Eternal Monarch.

Song Joong-Ki

7. Song Joong-Ki (RM280,000 satu episod)

Drama bersiri terbaharu lakonan Song Joong-Ki, 36, Vincenzo baharu sahaja menamatkan siarannya baru-baru ini dan ia mencatatkan kejayaan membanggakan apabila menjadi antara drama trending di saluran Netflix.

Dibayar sebanyak RM280,000 untuk setiap satu episod, bekas suami kepada pelakon Song Hye-Kyo ini turut mencipta nama menerusi naskhah hit seperti Descendants Of The Sun, The Battleship Island dan Space Sweepers.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain