suria

Rupa-rupanya warga Indonesia pun dilarang balik kampung… ini 3 selebriti sambut Aidilfitri jauh dari keluarga!

Artis Indonesia menyokong larangan kerajaan pulang ke kampung halaman sempena hari raya.

LARANGAN merentas negeri bagi menyambut Aidilfitri bukan sahaja dilaksanakan di Malaysia, malah negara seberang turut menguatkuasakan perintah yang sama bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Rata-rata masyarakat menyokong penuh usaha kerajaan Indonesia dalam mengekang penyebaran virus tersebut di kampung halaman masing-masing.

Larangan itu berkuatkuasa seluruh negara bermula 6 hingga 17 Mei ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Cantik bertudung! Ini 9 selebriti buat keputusan tukar imej sepanjang PKP

Kali ini mStar sediakan tiga selebriti Indonesia yang mengumumkan secara terbuka tidak akan pulang beraya bersama keluarga tercinta tahun ini.

1. Arya Saloka memutuskan untuk tidak balik beraya kerana larangan dari kerajaan. Arya mengakui sudah dua tahun tidak pulang ke kampung halaman.

Kata jejaka berusia 29 tahun ini, dia sudah mengambil cuti untuk meraikan lebaran tahun ini, namun dia menerima keputusan kerajaan melarang pulang ke kampung itu dengan hati terbuka.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

2. Sule dan keluarganya mengumumkan tidak pulang berhari raya di kampung. Mereka memilih menyambut lebaran di Kota Jakarta tahun ini.

Mengakui rindu kampung halaman, namun Sule pasrah dan meletakkan harapan agar pandemik ini segera berakhir.

"Ya saya berharap tahun depan raya kita berbeza, semua orang boleh balik ke kampung. Sebenarnya banyak curahan hati yang saya dengar terutamanya pemandu pengangkutan awam yang mengeluh tak boleh cari nafkah. Dua tahun ini memang bersedihlah... kita semua dalam kesedihan," katanya.

3. Penyanyi cantik Memes Prameswari pula awal-awal sudah memaklumkan tidak pulang ke kampung untuk lebaran kali ini. Ini kerana dia akur dengan larangan pemerintah.

Memes bagaimanapun berkata dia akan menghabiskan waktu di Jakarta dengan berkumpul bersama rakan-rakan yang juga merupakan anak perantau.

SUMBER: KUMPARAN

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain