suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taylor Swift cipta sejarah penyanyi wanita pertama terima pengiktirafan tertinggi Brit Awards

Impak muzik yang dibawakan Taylor Swift melayakkan dia menerima pengiktirafan tersebut.

PENYANYI Taylor Swift mencipta sejarah apabila bergelar penyanyi wanita pertama menerima pengiktirafan tertinggi anugerah muzik British menerusi trofi Ikon Global di Brit Awards 2021 yang diadakan pada Selasa.

Sepanjang 10 tahun penganjurannya, hanya tiga penyanyi sahaja yang pernah diberikan anugerah khas itu iaitu Elton John pada 2014, David Bowie (2016) dan Robbie Williams (2017).

Taylor juga mencipta sejarah bergelar artis bukan kelahiran United Kingdom (UK) yang menerima pengiktirafan itu setakat ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Anugerah tersebut diberikan khas kepada penyanyi lagu Cardigan itu di atas impak global yang telah dibawanya kepada peminat muzik di seluruh dunia.

Kejayaan itu juga turut dibantu di atas penjualan album studionya yang pernah mengungguli carta album UK sebelum ini.

Taylor sebelum ini juga pernah memenangi kategori penyanyi wanita solo antarabangsa Brit Awards pada tahun 2015. - Billboard

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia