suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BTS kongsi foto teaser lagu ‘Butter’, peminat tak keruan tengok warna rambut baharu - “Sungguh sempurna!”

Poster lagu baharu BTS, Butter menarik perhatian netizen di laman sosial.

KUMPULAN BTS menjadi topik perbualan netizen selepas syarikat pengurusan BigHit Entertaiment memuat naik foto teaser lagu terbaharu mereka berjudul Butter di laman Twitter.

Menerusi laporan CNN, foto itu menarik perhatian peminat kerana menampilkan imej baharu ahli kumpulan berkenaan.

Antara yang menjadi bualan ialah mengenai warna rambut tujuh ahli kumpulan tersebut yang dilihat berbeza daripada sebelum ini.

Dalam poster yang dikongsi itu, RM tampil dengan rambut berwarna pink, JHope dengan warna kuning keemasan dan Jimin dengan rambut warna pelangi.

Sementara itu, Jin pula dengan warna hitam, V atau Taehyung memilih coklat, Suga dengan warna kelabu dan Jungkook dengan rambut berwarna ungu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Rata-ratanya terkejut dengan penampilan baharu itu, namun dalam masa sama memuji gaya rambut tersebut.

"Saya tidak mengharapkan foto yang terlalu sempurna ini... terima kasih BTS!" komen peminat.

Penampilan ini merupakan sebahagian promosi untuk single terbaharu mereka berjudul Butter yang akan dilancarkan pada 21 Mei depan.

Lagu ini merupakan single kedua dalam bahasa Inggeris nyanyian mereka selepas Dynamite yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia