suria

Angelina Jolie berminat bintangi filem Korea, sudah belajar bahasa daripada anak

Angelina belajar bahasa Korea daripada anaknya, Maddox.

PELAKON Angelina Jolie berkata dia terbuka dan tidak menolak jika ditawarkan peluang membintangi filem Korea Selatan.

Menurut laporan AllKpop, Angelina memberitahu dia sudah mempelajari bahasa Korea daripada anaknya, Maddox Jolie-Pitt yang kini sedang menuntut di sebuah universiti di negara berkenaan.

Menerusi persidangan media bersama wartawan Korea Selatan baru-baru ini, Angelina menyatakan rasa kagumnya terhadap industri perfileman negara itu.

Dia juga mengakui sudah beberapa kali mengunjungi Korea dan tertarik dengan banyak perkara.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya selesa berada di Korea dan berharap dapat menghabiskan lebih banyak masa di sana. Meskipun Covid-19, anak saya tidak boleh sambung belajar di sana... tapi dia tetap meneruskan pembelajaran dalam bahasa Korea dan kadang-kadang dia mengajar saya sekali.

"Saya terbuka untuk tampil dalam filem Korea atau menyertai bidang pengarahan di negara itu. Saya ingin terlibat dalam industri filem Korea pada masa akan datang, ” katanya.

Dalam temubual tersebut, Angelina turut memuji pelakon gandingannya dalam filem Marvel Eternals iaitu Ma Dong Seok.

"Dia seorang sahabat yang baik dan sangat bijak. Saya berharap semua orang menonton filem itu nanti," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain