suria

Semakin popular, Cha Eunwoo adakan fan meeting online tanpa ahli kumpulan Astro

Cha Eunwoo merupakan ahli kumpulan Kpop, Astro.

AHLI kumpulan Kpop Astro, Cha Eunwoo bakal mengadakan majlis fan meeting secara atas talian tanpa kehadiran ahli kumpulannya yang lain pada Jun ini.

Menurut agensi pengurusannya, Fantagio Entertainment acara itu akan diadakan selama dua hari bermula pada 4 Jun yang mana ia akan disertai peminat dari serata dunia dan keesokan harinya khas untuk peminat dari negara China sahaja.

Dalam majlis itu nanti, Cha Eunwoo akan membuat persembahan istimewa serta berinteraksi dengan peminatnya menerusi beberapa game menarik yang disediakan oleh penganjur.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Nama Cha Eunwoo menjadi perhatian ramai sejak dia membintangi drama True Beauty, antara drama fenomena Korea Selatan yang ditayangkan pada awal tahun ini.

Jejaka berusia 24 tahun itu baharu sahaja kembali menyertai ahli kumpulannya yang lain mempromosikan album terbaharu Astro, All Yours yang dilancarkan pada bulan lalu.

Cha Eunwoo bakal kembali ke layar perak dengan membintangi filem Decibel yang mana dia akan bergandingan dengan aktor Kim Rae Won dan Lee Jong Suk. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Cha Eunwoo, Astro, Kpop, Kdrama

Artikel Lain