suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lucinta Luna mengaku hamil selepas buat ujian kehamilan, doktor syak mungkin kanser testis

Lucinta Luna mengaku hamil selepas buat ujian kehamilan.

INDUSTRI hiburan Indonesia heboh dengan berita penyanyi dangdut Lucinta Luna mengaku dirinya hamil selepas alat ujian kehamilan menunjukkan tanda positif.

Penyanyi transgender yang pernah berduet dengan Datuk Aliff Syukri menerusi lagu Bobo Di Mana ini menimbulkan persoalan banyak pihak yang meragui tentang pengakuannya kini berbadan dua.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi transgender 'Bobo Dimana', Lucinta Luna ditangkap, polis bingung tempatkan di lokap lelaki atau perempuan

Lucinta atau nama sebenarnya Muhamad Fattah ini turut mendakwa kerap muntah-muntah dan lewat datang bulan.

Topik tersebut turut mendapat perhatian seorang doktor yang memberitahu ujian kehamilan itu boleh mengesan hormon dalam badan wanita dan lelaki.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Selamat atas kehamilannya. Sebenarnya test pack positif itu ada hubungannya dengan kenaikan hormon Beta-HCG, di mana hormon Beta-HCG juga boleh dikesan pada lelaki terutama yang mengalami beberapa penyakit, salah satunya kanser testis.

“Kepada lelaki yang mahu cuba buat ujian kehamilan dan hasilnya positif, perlu hati-hati, ” ujarnya. - InsertLive

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain