suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liyana Jasmay mohon maaf... Penonton kecewa visual filem ‘Pemuja Syaitan‘ terlalu gelap

Liyana mohon maaf kepada pembeli tiket tayangan hari pertama Pemuja Syaitan.

HASRAT pelakon Liyana Jasmay untuk memberikan pengalaman tontonan terbaik kepada audiens filem sulung arahannya, Pemuja Syaitan tidak kesampaian apabila karya itu berdepan masalah teknikal pada hari pertama tayangan.

Liyana, 38, mengakui kesilapan itu berpunca daripada perasaan yang terlalu yakin bahawa visual filem tersebut sudah sempurna sebelum ditayangkan kepada umum.

Kata Liyana, dia berasa sedih apabila hasil yang dipaparkan di layar perak tidak seperti diharapkan, selain berasa bersalah terhadap penonton yang sudah membeli tiket lebih awal.

"Saya minta maaf kepada yang sudah menonton pada hari ini (Khamis) kerana mungkin agak gelap dan penonton akan rasa agak pelik kerana ada babak yang anda tidak nampak.

Liyana mengakui kesilapan sendiri dan sudah mencari jalan penyelesaian terbaik.

Liyana mengakui kesilapan sendiri dan sudah mencari jalan penyelesaian terbaik.

"Itu semua adalah isu teknikal yang salahnya datang daripada diri saya juga tapi saya sudah cuba selesaikan masalah ini. 

"Anda akan dapat tonton visual yang terbaik, itulah yang ingin sampaikan kepada semua. Jadi saya harap penonton yang akan menonton pada hari seterusnya takkan berdepan dengan masalah sama," katanya. 

Liyana berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

Dalam pada itu, Liyana turut mengucapkan terima kasih kepada penonton yang membeli tiket pada hari pertama tayangan filem berkenaan meskipun terpaksa berdepan masalah teknikal.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Liyana Jasmay tak boleh tidur, berat badan naik 4kg gara-gara ‘Pemuja Syaitan’

ARTIKEL BERKAITAN: Liyana Jasmay garap ‘Pemuja Syaitan‘ ikut filem seram Hollywood

Menurutnya, dia tidak menyangka visual yang disangka sudah sempurna itu masih mempunyai kekurangan sehingga menjejaskan pengalaman penonton.

"Saya nak ucap terima kasih kepada semua yang sudah membeli tiket wayang untuk hari ini (Khamis), hari pertama tayangan filem saya. 

"Tetapi malangnya memang segala kejadian ada dugaan, ini adalah filem pertama saya dan macam-macam dugaan dihadapi. 

"Memang salah saya kerana terlalu yakin sebab ingatkan visual tersebut sudah sempurna," ujarnya. 

Liyana mohon diberi peluang kedua untuk filem pertama arahannya.

Liyana bagaimanapun berharap penonton terus memberikan sokongan terhadap Pemuja Syaitan dan menonton filem berkenaan pada tayangan seterusnya selepas masalah visual diselesaikan.

Dia turut memohon maaf kepada pembeli tiket awal yang terpaksa menonton filem berkenaan dengan paparan visual yang tidak menepati standard diharapkan.

"Saya memang sedih sebab visual yang ditayangkan tidak sama seperti saya harapkan. 

"Saya rasa bersalah kepada pembeli tiket awal kerana mereka menonton visual yang mempunyai masalah teknikal. 

"Tolong beli tiket untuk tayangan hari seterusnya dan saya mohon sokonglah filem Pemuja Syaitan kerana visual yang betul sudah siap untuk anda semua," katanya. 

Antara kritikan netizen di media sosial.

Antara kritikan netizen di media sosial.

Sebelum ini, beberapa penonton menerusi platform Threads meluahkan rasa kecewa terhadap paparan visual Pemuja Syaitan yang didakwa terlalu gelap sehingga menyukarkan mereka melihat babak dan mengikuti jalan cerita.

Filem cereka sulung arahan Liyana itu menampilkan barisan pelakon antaranya Zul Ariffin, Aila Azizul, Nadhir Nasar dan Elizabeth Tan.

Mengangkat genre seram dan ngeri, Pemuja Syaitan mengisahkan sekumpulan bekas rakan sekolah yang bertemu semula di sebuah pulau.

Bagaimanapun, penemuan kapsul masa mencetuskan pelbagai kejadian misteri selain membongkar rahsia yang sekian lama tersembunyi.

Artikel Lain