suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liyana Jasmay garap ‘Pemuja Syaitan‘ ikut filem seram Hollywood

Pemuja Syaitan filem pertama arahan Liyana Jasmay.

PELAKON Liyana Jasmay menjadikan filem seram popular era 2000-an sebagai inspirasi karya sulung arahannya, Pemuja Syaitan.

Liyana, 38, berkata filem seperti I Know What You Did Last Summer dan Urban Legend banyak memberi inspirasi dan mempengaruhi pendekatan kreatifnya dalam menghasilkan naskhah berkenaan.

Kata Liyana, pemilihan latar masa 1996 dan 1997 juga dilakukan secara sengaja bagi membina dunia penceritaan yang selari dengan konsep seram remaja yang ingin diketengahkannya.

"Rujukan saya memang filem-filem era 2000-an, kalau anda pernah tonton I Know What You Did Last Summer, Urban Legend. Saya membesar menonton filem itu.

Liyana teruja menantikan sambutan filem pertama arahannya di pawagam.

"Kalau anda perasan kenapa filem ni diset pada tahun 1996. Saya memang sengaja nak dia jadi pada tahun 1996 dan 1997 untuk universe dia. 

"Memang saya sengaja buat konsep ‘teen slasher’ atau filem seram remaja sebab jarang filem Malaysia buat jalan cerita begini," katanya kepada mStar. 

Mengulas lanjut, Liyana berkata minat mendalam terhadap genre seram turut menjadi antara faktor dia memilih genre berkenaan untuk memulakan langkah sebagai pengarah filem cereka.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Liyana Jasmay tak boleh tidur, berat badan naik 4kg gara-gara ‘Pemuja Syaitan’

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin hantu raya ini memang ganas“ - Liyana Jasmay dakwa ‘diganggu‘ di Cherating, ustaz saran baca al-Quran

Pengalaman membintangi pelbagai naskhah seram sejak awal pembabitan dalam dunia lakonan juga mendorongnya untuk mencabar kemampuan diri menerusi bidang pengarahan.

“Saya memang suka genre seram. Daripada awal berlakon, saya memang banyak terlibat dalam naskhah seram. Saya juga mahu mencabar diri untuk filem pertama saya.

“Karya ini bakal dijadikan francais dan kita mulakan dengan Pemuja Syaitan. Selepas ini, kita akan ada banyak lagi naskhah seperti ini.

“Penerbit juga memaklumkan kepada saya, karya pertama saya sebagai pengarah haruslan menerusi genre seram. Ia memang sudah dirancang,” ujarnya. 

Pemuja Syaitan bertemakan genre seram remaja.

Filem cereka sulung arahan Liyana ini menampilkan antaranya Zul Ariffin, Aila Azizul, Nadhir Nasar dan Elizabeth Tan.

Berkisarkan genre seram dan ngeri, Pemuja Syaitan mengikuti kisah sekumpulan bekas rakan sekolah yang bertemu semula di sebuah pulau. Namun, penemuan kapsul masa mencetuskan pelbagai peristiwa misteri selain membongkar rahsia yang sekian lama tersembunyi.

Diterbitkan oleh Mermaid Studios bersama Suraya Filem Production & Distribution, filem berkenaan mendapat sokongan Skop Productions Sdn Bhd selaku rakan pengedaran, manakala Primeworks Studios menggalas tanggungjawab sebagai rakan pemasaran.

Filem itu bakal menemui penonton di pawagam bermula 15 Oktober ini.

Artikel Lain