suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kasih ibu tetap hidup walaupun sudah meninggal, ‘Rumah Tanpa Cahaya’ sarat mesej kekeluargaan

Konflik keluarga Qomar berlaku selepas Nurul meninggal dunia.

KEHILANGAN seorang ibu bukan sekadar meninggalkan ruang kosong dalam sesebuah keluarga, malah mampu mengubah hubungan antara ahli keluarga serta cara mereka melihat kehidupan.

Menurut penulis skrip, Deddy Mizwar, filem Rumah Tanpa Cahaya mengangkat tema kehilangan dan bagaimana kasih sayang seorang ibu kekal hidup serta terus membimbing keluarganya walaupun jasadnya sudah tiada.

Jelasnya, filem berkenaan tidak hanya bergantung kepada elemen kesedihan, sebaliknya mengajak penonton menghargai perkara kecil yang sering dianggap remeh dalam kehidupan seharian.

Rumah Tanpa Cahaya angkat pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu.

“Antaranya makanan yang tersedia di meja, doa seorang ibu, nasihat yang kadangkala tidak didengari serta kehadiran seseorang yang hanya disedari nilainya selepas dia pergi.

“Persoalan yang cuba ditinggalkan filem ini juga cukup dekat dengan kehidupan penonton. Apabila seorang ibu pergi, siapa yang akan menyatukan sebuah keluarga?

“Melalui kisah keluarga Qomar, filem ini mengingatkan bahawa sesebuah rumah bukan hanya dibina dengan dinding dan atap, tetapi turut berdiri atas kasih sayang, pengorbanan dan kehadiran insan yang menyatukan semua penghuninya,” katanya.

Dalam filem berkenaan, watak Nurul (Ira Wibowo) bukan sekadar seorang isteri dan ibu, sebaliknya menjadi tulang belakang kepada keluarga Qomar.

ARTIKEL BERKAITAN: Babak aksi ‘single take’ terpanjang, Chelot terima pengiktirafan MBOR 

ARTIKEL BERKAITAN: Filem Tiket Sehala dedah realiti mangsa sindiket penipuan kerja di luar negara

Namun, kehidupan keluarga berkenaan berubah selepas Nurul meninggal dunia secara mengejut.

Pemergian itu bukan sahaja membuatkan Qomar (Donny Damara) kehilangan insan yang selama ini menjadi tempat bergantung, malah Samsul (Ridwan A. Ghany) dan Azizi (Lavicky Nicholas) turut berdepan hakikat bahawa mereka mungkin terlalu terbiasa dengan pengorbanan ibu sehingga tidak pernah benar-benar memahami nilai kehadirannya.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila hubungan antara ahli keluarga mula retak, selain warung yang menjadi sumber kehidupan mereka turut berdepan pelbagai masalah.

Rumah Tanpa Cahaya kini berada di pawagam Malaysia sejak 20 Ogos 2026.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain