suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hazman Al-Idrus harap ‘Peluru Senja‘ buka mata orang muda hargai kemerdekaan... “Lihat lebih daripada sekadar tarikh dalam buku teks“

Peluru Senja (The Ghost & the Gun) kini ditayangkan di seluruh pawagam tanah air.

PELAKON Hazman Al-Idrus berharap filem Peluru Senja (The Ghost & the Gun) mampu membuka mata generasi muda untuk melihat sejarah negara daripada perspektif berbeza.

Hazman atau Syed Muhammad Hazman Syed Yusof Al-Idrus, 31, berkata pemilihan tarikh tayangan filem itu sempena sambutan Hari Kebangsaan turut memberi makna tersendiri kerana naskhah berkenaan mengangkat kisah pengorbanan masyarakat ketika zaman pergolakan di Tanah Melayu.

“Hari Kebangsaan adalah tentang menghargai kebebasan yang kita nikmati, tetapi Peluru Senja mengajak kita mengingati harga yang perlu dibayar untuk mencapainya.

Hazman berharap filem lakonannya mampu membuka mata penonton.

“Kami mahu generasi muda melihat lebih daripada sekadar tarikh dalam buku teks dan memahami sisi kemanusiaan di sebalik sejarah kita,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon Indonesia, Asmara Abigail berkata, Peluru Senja tidak mahu tampil sebagai sebuah filem sejarah yang sarat dengan fakta sehingga boleh membuatkan penonton berasa bosan.

Sebaliknya, menurut Asmara, filem itu digerakkan dengan rentak sebuah thriller aksi moden meskipun mengambil latar Tanah Melayu pada tahun 1948.

ARTIKEL BERKAITAN: Filem 'Jerat' telan kos RM3 juta demi standard antarabangsa

ARTIKEL BERKAITAN: Fabian Loo imbau bergelut lumpur... ‘Dikunjungi‘ ular, kala jengking demi ‘Peluru Senja‘

“Kami tidak mahu Peluru Senja terasa seperti pelajaran sejarah yang membosankan. Walaupun berlatar tahun 1948, filem ini digerakkan dengan rentak sebuah thriller aksi moden,” katanya.

Sementara itu, Fabian Loo berkata, antara kekuatan Peluru Senja ialah cara filem berkenaan tidak sekadar menggambarkan setiap watak sebagai individu yang baik atau jahat.

Sebaliknya, ia memperlihatkan bagaimana konflik, ketakutan dan keadaan sekeliling mampu membentuk seseorang, sekali gus memaksa mereka membuat pilihan moral yang sukar.

Peluru Senja mengisahkan tentang seorang askar Tanah Melayu dan seorang askar British yang tertinggal ketika pasukan British berundur.

Asmara membawa watak sebagai Siti dalam Peluru Senja (The Ghost & the Gun).

Mereka kemudian terpaksa mengetepikan perbezaan demi menyelamatkan sebuah perkampungan daripada ancaman kumpulan bersenjata.

Filem arahan Anshul Tiwari itu dibintangi pelakon tempatan dan antarabangsa termasuk Asmara, Brett Tutor dari Amerika Syarikat, Zidan El Hafiz, Lupeng Rashid, Nobuyuki Suzuki dan Indra Pacique.

Peluru Senja (The Ghost & the Gun) kini ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 28 Ogos.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain