PERJALANAN Shahir Zawawi dalam program realiti Gegar Vaganza Fantasia (GVF) terhenti di minggu keempat selepas gagal memberikan persembahan memikat hati juri menerusi lagu Purnama.Shahir memperoleh markah paling rendah menerusi lagu nyanyian asal Naim Daniel itu pada konsert yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Ahad. Mengulas persembahan tersebut, juri tetap iaitu Hetty Koes Endang berkata, dia menyukai susunan lagu berkenaan, namun berpendapat Shahir sepatutnya mampu memberikan persembahan yang lebih baik.Stacy diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza minggu keempat selepas berjaya memberikan persembahan terbaik sepanjang pertandingan.“Terus terang saya suka dengan susunan lagu ini. Ekspektasi saya kamu sepatutnya buat lebih lagi. “Hati-hati banyak nada yang tak sampai, goyang. Latih lagi teknik mendengar kamu untuk kawal suara. “Selepas ini, berlatih juga nada rendah. Nada tinggi sudah bagus tembakannya,” katanya. Pengumuman penyingkiran Shahir dilakukan dengan cara ikonik apabila pengacara, Datuk Aznil Nawawi menggunakan pendekatan seperti yang pernah dilakukan dalam program Akademi Fantasia (AF).ARTIKEL BERKAITAN: GV Fantasia: Tiada penyingkiran minggu ketigaARTIKEL BERKAITAN: Ara Johari masih terima undangan pentas ketika bertanding GV Fantasia, gementar bersaing penyanyi seniorSementara itu, Stacy menjadi peserta di tempat pertama selepas berjaya memikat hati juri dengan lagu Purnama Merindu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza. Mawi pula dipilih sebagai Bintang Paling Power dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,500.Seramai 12 peserta akan meneruskan saingan di minggu seterusnya iaitu Mila Jirin, Felix, Zahid, Mawi, Akim dan Ara Johari. Turut bersaing Firman, Faizul, Farah, Vince dan Faizal.Faizal (kiri) dan Shahir (kanan) antara dua peserta yang berada di kedudukan tercorot pada konsert Gegar Vaganza musim ini.Menariknya, minggu kelima GVF bakal digabungkan dengan Konsert Vaganza yang menampilkan barisan penyanyi terkenal termasuk Datuk Ziana Zain, Jaclyn Victor, Noh Salleh, Siti Nordiana dan Alpha.Lebih istimewa, peserta GVF turut berpeluang berduet dengan barisan artis jemputan berkenaan.GVF dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Musa dan Sherry Alhadad.GVF boleh ditonton menerusi Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, pukul 9 malam.TONTON VIDEO PILIHAN!