USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri bersyukur apabila anak-anaknya dilihat tidak terlalu berminat dengan populariti dan lebih mengutamakan pelajaran berbanding dunia hiburan.Malah, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 39, berkata kemunculan anak-anak dalam kandungan media sosial sebelum ini kebanyakannya atas permintaannya sendiri. Kata Aliff lagi, anak sulungnya, Ammar Ahyan, 18, pernah menerima beberapa tawaran sebagai duta, namun dia memilih untuk memberi tumpuan kepada pelajaran."Saya bersyukur sebab anak-anak saya tak gila glamor. Kalau netizen lihat content-content di media sosial itu semua saya yang paksa. Aliff bersyukur anak-anaknya tidak mengejar populariti."Ammar sebelum ini dapat jadi duta jenama minuman, saya yang uruskan. Malah ada banyak lagi tawaran lain tapi dia cakap malas sebab nak habiskan belajar. "Kalau tengok Cess (Qadejah) pun banyak pergi event jenama popular tapi bila saya suruh kongsi di media sosial dia tak mahu. Keluarga saya mungkin tidak ke arah hiburan," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia tidak mahu mencampuradukkan zaman kanak-kanak dan remaja dilalui anak-anaknya dengan dunia pekerjaan meskipun mereka berpeluang menerima pelbagai tawaran.Katanya, sebagai ibu bapa yang mempunyai kemampuan kewangan, dia tidak mahu memaksa anak-anak melakukan sesuatu yang tidak diminati semata-mata untuk mendapatkan bayaran.ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Ahyan kongsi perancangan selepas asasi, mahu sambung belajar di luar negara... Kalau boleh sampai peringkat ‘master’ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Anak-anak malu“ - Aliff Syukri sekeluarga stres kena ‘balun‘ susulan isu silap bacaan surah"Bagi pandangan saya yang sudah berpengalaman dalam bidang hiburan, momen mereka sebagai kanak-kanak dan alam remaja saya tidak mahu campur adukkan. "Kalau mahu ada saja orang beri tawaran untuk job. Sekiranya buat sebagai hobi saya okay tapi kalau kita paksa semata-mata nak dapat bayaran tetapi mereka (anak-anak) tidak gembira, tidak adil juga bagi saya."Sebagai ibu bapa yang berduit, ada kemampuan, tak adil untuk saya paksa mereka melakukan kerja tanpa minat.Sementara itu, isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid berkata, Ammar tidak begitu berminat dengan tawaran dalam bidang hiburan, sebaliknya lebih cenderung membantu menguruskan perniagaan keluarga.Menurutnya, anak sulung mereka itu sering datang ke pejabat selepas selesai belajar untuk membantu menguruskan perniagaan."Ammar tu kalau orang nak bagi job, suruh dia deal memang sampai sudah tak jalan. Dia tak kisah pun. Anak-anak Alif lebih mengutamakan pelajaran."Dia bukan minat hiburanlah, tapi kalau kita suruh dan job dah deal dia buat saja. "Saya lihat Ammar lebih berminat dengan kerja-kerja di pejabat. Selepas balik kelas dia akan datang pejabat dan tolong saya," katanya. Untuk rekod, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007.Selain Ammar, pasangan ini turut dikurniakan lima lagi cahaya mata iaitu Qadejah El Zahra, 16, Ibraheem Adham, 13, Yusof Al Qardawi, 8, Raudah Arshiyah, 6, dan Luqman Al-Hakim, 3 tahun.TONTON VIDEO PILIHAN!