suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu lupa perkara kecil dianggap kelakar, Fazley Yaakob tak sedar itu petanda demensia... Sedih nota ditulis semakin sukar difahami

Fazley (kiri) kini mahu meluangkan lebih banyak masa bersama ibu.

PENYANYI Datuk Fazley Yaakob tidak menyangka sikap ibunya, Datin Paduka Umi Kalsom Abdol Latib yang sering terlupa perkara-perkara kecil sebenarnya merupakan petanda awal demensia.

Cerita Fazley atau Ahmad Fazley Yaakob, 48, selepas pemergian bapanya iaitu Datuk Yaakob Mohammad kira-kira 10 tahun lalu, ibunya pernah mengalami kemurungan sehingga perlu mendapatkan rawatan doktor dan mengambil ubat antikemurungan.

Bagaimanapun, sejak lima bulan lalu, dia mula menyedari perubahan ketara pada ibunya apabila wanita itu semakin kerap terlupa, termasuk perkara-perkara mudah yang berlaku dalam kehidupan seharian.

"Selepas arwah ayah meninggal dunia memang ibu agak depress, saya dah bawa pergi jumpa doktor dan makan ubat anti depression. Mungkin dia terlampau merindui arwah ayah.

Fazley (kiri) tidak sedar perubahan kecil yang berlaku pada ibunya adalah petanda demensia.

"Sebagai anak saya buat yang terbaik untuk ibu, bawa pergi keluar makan dan dia okay saja selepas itu. Namun, saya perasan dalam lima bulan lalu dia sudah lupa nama-nama panggilan keluarga kami. Lupa nama kucing. 

"Sampailah satu insiden dia cari mana tuala mandi sedangkan tuala itu ada di celah ketiaknya, dia kepit. Mula-mula rasa benda itu kelakarlah, rupanya itu adalah permulaan penyakit demensia," katanya ketika dihubungi mStar. 

Mengulas lanjut, Fazley berkongsi keadaan ibunya membuatkan dia terpaksa mengubah perancangan masa depan bersama anak-anak demi memberikan perhatian sepenuhnya kepada wanita itu.

Malah, dia kini berusaha meluangkan sebanyak mungkin masa bersama ibunya dan memastikan mereka terus berhubung meskipun ketika sibuk bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob sedih ingatan ibu semakin merosot, memori cuma bertahan 30 saat akibat demensia

ARTIKEL BERKAITAN: Pesanan Fazley buat rakan artis... Fikir dulu sebelum kongsi isu sensitif, jejak digital tak boleh padam

"Sebagai anak bila lihat keadaan ibu begitu (demensia), saya perlu ubah perancangan masa depan dengan anak-anak. 

"Fokus saya kini kepada ibu. Saya tahu pengakhiran pesakit demensia ini mungkin takkan boleh bergerak tanpa bantuan orang. 

"Saya cuba luangkan masa sebanyak yang mungkin bersama ibu. Kalau kerja pun saya akan buat panggilan video agar sentiasa dapat bercakap dengannya," ujarnya. 

Sampailah satu insiden dia cari mana tuala mandi sedangkan tuala itu ada di celah ketiaknya, dia kepit.

DATUK FAZLEY YAAKOB

PENYANYI 

Dalam pada itu, Fazley turut berkongsi kesedihan apabila melihat perubahan pada nota-nota yang sering ditinggalkan ibu buat dirinya.

Menurut Fazley, ibunya sebelum ini gemar menulis nota penuh kasih sayang, namun kini ayat yang ditulis semakin sukar difahami.

"Ibu pun memang seorang yang penyayang. Setiap hari ada saja nota-nota yang ditinggalkan untuk saya. Itu yang membuatkan saya sedih. Dua bulan sudah, dia tinggalkan nota bertulis 'Paji (Fazley) anak kesayangan ibu, ibu rindu Paji. Ibu harap Paji okay saja'. Dia tulis semua itu. 

Fazley sedih mengenangkan keadaan ibunya tidak lagi seperti dulu.

"Tapi sekarang ayat itu tidak lagi sama, contohnya 'Paji ibu sayang Paji, pergi kerja elok-elok. Langit itu terang, burung itu hinggap'. 

"Saya dapat picisan apa yang ingin disampaikan tapi ayat kedua dah carca marba. Tapi saya simpan nota yang ditinggalkan sebagai kenangan terindah kerana saya tahu pada akhirnya saya takkan dapat lagi nota-nota seperti itu," katanya. 

Sebelum ini, Fazley berkongsi keadaan terkini ibunya yang semakin merosot akibat demensia apabila ingatan jangka pendeknya kini hanya mampu bertahan selama 30 saat.

Menurutnya, ibunya kini sukar melakukan perkara mudah seperti membuka televisyen meskipun baru sahaja diajar beberapa saat sebelumnya.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain