PELAKON Yuna Rahim enggan mengambil pusing sekiranya ada pihak yang menganggapnya terlalu memuji bakat suaminya iaitu Akmal Ayub, khususnya dalam bidang nyanyian.Yuna atau Shafiqah Husna Abd Rahim, 31, berkata dia bangga dengan kebolehan Akmal yang bukan sahaja berbakat dalam muzik, malah turut berkebolehan dalam bidang lakonan dan aksi lagak ngeri. "Sejujurnya saya tak peduli orang nak cakap saya ini ‘up’ kan sangat suami bab nyanyian dia. "Dia berbakat dan saya hargai bakatnya. Berlakon boleh, lakon lagak aksi boleh. Semua pun boleh. Perkongsian Yuna yang dimuat naik d Threads miliknya. "Kalau bitter sila block saya siap-siap," katanya. Yuna berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Ahad. Sebelum itu, Yuna membuat perkongsian memaparkan sebuah video suaminya bersama penyanyi Ali XPDC menyanyikan lagu Bunga Angkasa dalam sebuah persembahan pentas.ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh isu wujud perbandingan rupa Gen Z dan Millennials, Yuna Rahim minta netizen bersyukur… “Apa yang penting tak menyusahkan orang lain”ARTIKEL BERKAITAN: Yuna Rahim turun 9 kg kerana ‘potong’ gula, rezeki makin banyak selepas ada anakMenerusi perkongsian tersebut, Yuna berharap lebih ramai orang dapat menghargai bakat muzik yang dimiliki Akmal."Sekadar throwback ketika dia (suami) melakukan perkara yang diminatinya. Berkongsi pentas bersama salah seorang legenda muzik Malaysia, Ali XPDC. Ini sedikit gambaran sisi muziknya."Saya berharap lebih ramai orang dapat menghargai sisi dirinya yang ini. Kadangkala, saya berharap dunia dapat melihat apa yang saya lihat dalam dirinya, iaitu minat mendalam, bakat dan kecintaannya terhadap muzik."Saya akan sentiasa menjadi penyokong nombor satu awak, sayang," ujarnya. Untuk rekod, Yuna mendirikan rumah tangga dengan Akmal atau Muhammad Nurakmal Ayub pada 18 Februari 2023.Yuna dan Akmal (kanan) berkahwin pada 18 Februari 2023.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hud Adyan yang kini berusia dua tahun. Akmal bekerja di belakang tabir sebagai kru produksi selain bergiat aktif dalam bidang muzik dan lakonan.Antara karya lakonan dan produksi yang pernah melibatkan dirinya termasuk Histeria The Series dan Pekak & Bisu.TONTON VIDEO PILIHAN!