PELAKON Yuna Rahim meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang terlalu cepat menilai orang lain berdasarkan usia, rupa, atau gaya hidup.Menurut Yuna atau Shafiqah Husna Abd Rahim, 32, setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk menjalani kehidupan dan perbezaan antara generasi tidak sepatutnya dijadikan bahan perbandingan. “Kecoh sangat masing-masing, Gen Z dan millennials, nak banding muka muda ke tua ke, lebih ke kurang ke… relax saja.Hantaran Yuna menerusi Threads miliknya.“Yang penting, kita semua manusia, bukan jin jebon, bukan bunian, pandai cari duit untuk hidup dan tak menyusahkan orang lain,” katanya.Yuna berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Threads miliknya pada Isnin.Dalam pada itu, Yuna menegaskan bahawa netizen seharusnya lebih menghargai apa yang dimiliki sendiri dan tidak cepat menilai kehidupan orang lain di media sosial.“Dah selesai, tak payah nak membezakan generasi. ARTIKEL BERKAITAN: Yuna Rahim turun 9 kg kerana ‘potong’ gula, rezeki makin banyak selepas ada anakARTIKEL BERKAITAN: Mental terganggu lama duduk rumah tak bekerja, Yuna Rahim sanggup tagih ‘job’ pada pihak produksi“Semua orang ada lebih, ada kurang, semua kena bersyukur. Jangan menilai-nilai orang di media sosial,” ujarnya.Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen dilihat menyokong pendapat Yuna dan mengakui mesej itu memberi peringatan yang baik untuk tidak terlalu cepat menilai orang lain, selain menekankan pentingnya bersyukur dengan apa yang dimiliki.Sebelum ini, tular di media sosial mengenai generasi millennials yang memuat naik gambar diri sendiri sambil menyatakan umur dan muka mereka kelihatan seperti Gen Z.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube